Seorang penulis muda (Justin Long) yang cuba mengubah angin selepas sering menulis manuskrip untuk siri pontianak remaja popular (dikerah syarikat sebegitu sebab… duit) cuba mengorat seorang gadis barista yang cute dan pelik (Evan Rachel Wood) sebagai modal untuk novel cinta Ong Bak Rindu versi Lejennya dengan menelaah profil Facebook gadis itu sambil mengendap.
Ayat ‘power’nya membuatkan gadis itu merasakan dialah jejaka idamannya. Bila dah jatuh cinta, mulalah si lelaki merasakan dia perlu mengekalkan alter-egonya untuk mengelakkan dirinya terkantoi. Dah biasa dengar cerita macam ni kan? Tapi dia ada Facebook tu! Kalah The Social Network! (Penulis tonton juga kerana si Evan Rachel….)
Dibawakan oleh GSC Movies untuk slot International Screening, filem komedi romantik arahan Kat Coiro dan tulisan bersama Christian Long dan Justin Long ini akan ditayangkan di Malaysia mulai 1 Mei 2014 ini.

