Filem PILOT CAFE (edaran GSC Movies)

Kehidupan ini bermula di mana-mana, termasuk bagi seorang pilot yang terlampau. Tak menentu indah ataupun gundah. Mampukah kuasa cinta mengubah segalanya? Pilot Cafe arahan Osman Ali mulai tayang di pawagam hari ini.

Pengarah: Osman Ali
Cerita dan lakon layar: Jujur Pranato dan Ahadiat Akashah, berdasarkan novel Pilot Cafe karya Ahadiat Akashah
Lakonan: Fahrin Ahmad, Izara Aishah Neelofa, Remy Ishak, Keith Foo, Eizlan Yusof, Dian P Ramlee, Rosnah Johari, Zaidi Omar, Hafizzudin Fadzi
Musik: Gemerzik Studio
Penyuntingan: Affandi Jamaluddin
Syarikat produksi: Astro Shaw, Tarantella Pictures
Pengedar: GSC Movies

Pilot Cafe merupakan sebuah filem romantik arahan Osman Ali dan dibintangi oleh Neelofa, Izara Aishah, Eizlan Yusof dan Fahrin Ahmad. Filem yang diadaptasikan daripada novel Pilot Cafe hasil nukilan Ahadiat Akashah ini mengisahkan tentang seorang juruterbang bernama Amer Reza (Fahrin Ahmad) yang kesepian kerana terkenang kesalahannya terhadap Sharmilla (Noor Neelofa Mohd Noor) seorang pramugari yang paling cantik kerana menyebabkan gadis itu merana. Kemudian Amer bertemu Maya (Izara Aishah), seorang gadis yang melarikan diri ke Kuala Lumpur untuk mencari kekasih hatinya.

Filem ini telah ditayangkan kepada umum pada 30 April 2015.

Leave a comment