Kehidupan seorang ‘call girl’ berubah selepas dia bertemu dengan seorang pengarah persembahan pentas yang membuatkan dia meneruskan cita-citanya untuk menjadi bintang Broadway hanya untuk melihat plot hidupnya makin berselirat dek kerana terlalu banyak kebetulan yang berlaku yang benar-benar menghuru-harakan sepanjang 93 minit filem ini berjalan. Kebetulan-kebetulan ini untuk tujuan komedi, maka terhiburlah sedikit walaupun adakalannya masuk air. Sebab-sebab untuk menonton ialah kerana ada nama-nama seperti Owen Wilson, Will Forte, Rhys Ifans dan Jennifer Aniston. Peminat Pulp Fiction mungkin bakal tersedak cola bila nak masuk hujung cerita.
Diterbitkan oleh Wes Anderson dan Noah Baumbach yang nak sangat lihat mentor mereka , Bogdanovich buat filem supaya mereka boleh jaja di festival filem.
Filem SHE’S FUNNY THAT WAY, arahan Peter Bogdanovich edaran GSC Movies, bakal ditayangkan pada 7 Mei 2015 ini.

