Cerita Annabelle sebenarnya dah habis masa The Conjuring. Sebab tiada sumber yang kukuh, tak macam The Conjuring jadi ceritanya banyak dicedok dari filem seram yang pernah dibuat (Rosemary’s Baby di tangga teratas). Punyalah struggle penulisnya…
Bila pengarahnya, John R. Leonetti (asalnya sinematografer Conjuring) tinggalkan kamera dan diserahkan pada sinematografer lain, kesannya dah jadi lain juga. Resume John R. Leonetti sebagai pengarah filem Mortal Kombat : Annihilation juga tidak membantu. Cuma satulah yang saya suka, tengok patung Annabelle pun dah cukup seram, mula dari buka kotak lagi. Ia sememangnya direka sebegitu. Tak payah cheap jump scare pun dah seram. Tapi pengarah nak guna juga taktik yang makin murah ini. Skor dan kesan bunyinya kekal angker kerana Joseph Bishara. Nama tu je. Dah hafal sangat taktiknya.
Filem ini dibuat tergesa-gesa kerana duit. Tak apalah. Harap ia cukup untuk backup bajet yang lebih besar untuk sekuel Conjuring nanti, The Amityville Horror, di bawah arahan James Wan semula.

SINOPSIS: Annabelle memaparkan kisah Mia dan John, sepasang suami isteri yang diganggu oleh makhluk halus yang dipercayai berpunca dari sebuah anak patung yang dibeli oleh John dan dibawa ke rumah. Beberapa kejadian pelik dan menyeramkan mulai menyelubungi kehidupan mereka.
Klasifikasi: P13
Genre: Seram
Tarikh Tayangan: 2 Oktober 2014
Pengedar: WARNER BROS. PICTURES
Pengarah: John R. Leonetti
Lakonlayar: Gary Dauberman
Pelakon: Annabelle Wallis, Alfre Woodard,Eric Ladin
Muzik: Joseph Bishara
Sinematografi: James Kniest
Suntingan: Tom Elkins
Studio: New Line CinemaAtomic MonsterThe Safran Company
