Sebelum kami menonton filem ini minggu ini, mari kita melihat point-point yang boleh diambilkira sebagai persediaan menonton filem ini. Adakah ia positif atau sebaliknya? :
- kalau nak kami ulas berdasarkan filem pertama yang juga ditulis oleh screenwriter yang sama, Skip Woods, maka kami bagi expectation yang rendah sebab filem pertama sucks, plus kami benci treatment Skip Woods terhadap Deadpool dalam Wolverine : Origins. Like, wtf?
- kalau berdasarkan pengarahnya, Aleksander Bach pun kami belum boleh nilai sebab belum pernah nampak kerja filemnya sebelum ni, setakat komersil saja dan ini sedikit menakutkan kami. Boleh rujuk di: http://www.aleksanderbach.com/work_eng.html
- tapi kalau nak ulas dari trailer ok lah kot Rupert Friend ni (yang membawa watak Agent 47). Kami lagi prefer voice actor Hitman daripada gamenya sendiri yang berlakon. Suara memang dah sama, maturity pun ada, nampak berpengalaman. Rupert babyface sangatlah!

SINOPSIS: Ejen 47, seorang pembunuh upahan, telahbekerjasama dengan Katia Van Dees yang ingin mencari keturunan asal usulnya dan ayah kandungnya. Mereka bersama-sama menentang sebuah organisasi yang dipanggil Syndicate International.
Klasifikasi: 18
Tarikh Tayangan: 20 Ogos 2015
Genre: Aksi / Ngeri / Jenayah
Durasi: 1 Jam 38 Minit
Pengedar: 20TH CENTURY FOX
Pelakon: Rupert Friend, Zachary Quinto, Thomas Kretschmann, Hannah Ware
Pengarah: Aleksander Bach
