Ulasan filem BURNT lakonan Bradley Cooper

Ini adalah antara filem chef yang cukup kemas dan perfect bagi aku.

Walaupun plotnya agak klise mengisahkan seorang chef yang mengalami zaman kejatuhan dan cuba bangkit untuk mendapat gelaran third Michelin Star tapi bagi aku pula, filem ini tak memerlukan storyline yang berat dan memeningkan. Cukuplah pengarah berjaya menunjukkan bidang masakan adalah satu bidang yang sungguh rumit dalam filem ini. Apa yang membuka mata aku adalah scene AdamJones (Bradley Cooper) memarahi setiap pekerjanya betapa pentingnya memotong satu slice fish mengikut ukuran dua sentimeter yang sama untuk setiap hidangan. Fuhh… setiap hidangan tu. Bayangkan.
Dan satu lagi scene meja setup yang menunjukkan untuk susun fork or spoon atas meja pun perlu menggunakan pembaris. Fuhh… cukup perfect!

Walaupun filem ini tidak diiktiraf sehebat The Hundred Foot Journey tapi filem ini berjaya membuka mata aku bahawa untuk mendapat third Michelin Star bukan benda yang mudah. Apa-apa pun respect pada chef restoran high class di luar sana. Anda hebat!

Rate: 9.5/10

Ulasan oleh Khaidir Shahri

P/s : kena tonton untuk kita hargai mereka dalam bidang chef. Dalam The Hundred Foot Journey, Chef dalam tu just dapat two Michelin Star je, kan?

Nota: Ulasan ini pernah muncul dalam group Movie Addict sebelum penutupan tanpa sebarang penalti oleh pihak Facebook ketika PKP tahun lalu. Editor BACKSTAGE ialah salah seorang admin group. Layari group baru Movie Addict di url: https://www.facebook.com/groups/movieaddictmy/

Leave a comment