Sebuah lagi film terbaik 2015! Yang aku terlepas pandang. Berjaya tontonnya di Fox Movies HD.
Storyline yang simple,mengisahkan seorang gadis Irish, Eilis (Saoirse Ronan) yang cuba hidup berdikari dan ingin berhijrah ke Brooklyn sekitar tahun 1951/52. Eilis berpeluang untuk membina kerjayanya di sana dengan bantuan seorang paderi. Eilis terpaksa berhijrah bersendirian dan perlu meninggalkan ibu dan kakaknya di Ireland. Plot bermula apabila Eilis mula diminati oleh dua orang pemuda yang berbeza pangkat iaitu seorang pemuda kaya dan seorang lagi tukang paip. Siapakah pilihan Eilis?

Bagi aku walaupun filem ini tidak diketengahkan konflik-konflik yang cukup berat, ianya tetap berjaya membuatkan aku tak senang duduk dengan pembinaan watak Eilis yang berubah dari seorang gadis lurus ke matang. Kemudian pemilihan watak Emory Cohen sebagai tukang paip yang romantik memang cukup perfect bagi aku.
Last, bagi aku filem ini patut ditonton oleh gadis-gadis yang cuba hidup berdikari di luar sana. Ianya membawa mesej yang cukup kuat. Sekiranya anda pandai membawa diri dengan sopan dan penuh tertib dalam proses kehidupan anda, insha Allah perkara-perkara buruk tidak akan menanti anda.
Rate : 9/10
Ulasan oleh Khaidir Shahri
Nota: Ulasan ini pernah muncul dalam group Movie Addict sebelum penutupan tanpa sebarang penalti oleh pihak Facebook ketika PKP tahun lalu. Editor BACKSTAGE ialah salah seorang admin group. Layari group baru Movie Addict di url: https://www.facebook.com/groups/movieaddictmy/
