Filem: EYE IN THE SKY (edaran GSC Movies)

Eye In The Sky ialah filem political thriller yang mengisahkan tentang Kolonel Katherine Powell yang mengetuai sekumpulan tentera untuk menangkap kumpulan pengganas di sebuah rumah di Nairobi, Kenya. Hasil intipan menunjukkan yang kumpulan pengganas sebenarnya mahu melakukan serangan berani mati dan Powell terpaksa menukar matlamat misinya daripada “tangkap” kepada “bunuh”. Dalam keadaan yang genting itu, seorang budak perempuan dengan tidak semena-mena memasuki zon bunuh tersebut. Ini menimbulkan dilema antarabangsa sama ada untuk meneruskan misi menyelamatkan dunia dari ancaman pengganas walaupun terpaksa membunuh seorang kanak-kanak yang tidak berdosa.

Filem ini dikreditkan sebagai salah satu daripada 2 filem terakhir lakonan mendiang Alan Rickman (selain Alice Through the Looking Glass yang bakal tayang tahun ini juga) dengan turut menampilkan pelakon hebat seperti Helen Mirren dan Barkhad Abdi yang sebelum ini mencuri perhatian melalui lakonannya dalam filem Captain Phillips.

image

Tarikh Tayangan: 21 April 2016
Genre: Politik / Thriller
Edaran: GSC MOVIES
Lakonan: Aaron Paul, Helen Mirren, Alan Rickman, Barkhad Abdi
Arahan: Gavin Hood

Saksikan treler filem ini:

Leave a comment