Ari Lasso: Suara Dari Syurga

Kedudukan dan pengaruh seniman Ari Lasso di persada muzik Malaysia barangkali tidak begitu besar. Namun di negara kelahirannya, Indonesia  beliau berada di kedudukan senarai penyanyi papan atas yang hierarkinya sudah dianggap legenda. Revolusi kariernya bermula sewaktu menjadi formasi awal band Dewa 19. Ari yang berusia 43 tahun digelar sebilangan besar peminat setianya umpama seorang pemilik suara dari syurga.

Ari Lasso telah mula mendapat perhatian ramai bermula sebagai vokalis kumpulan DEWA 19. Setelah itu, Ari Lasso meninggalkan kumpulan itu dan meneruskan kariernya secara solo.

image

Lantaran itu, tidak hairanlah kenapa hari ini beliau cukup disegani sebagai seorang penyanyi solo lelaki yang masyhur. Kemunculan Sendiri Dulu pada tahun 2001 dan dikait sukses kehadiran album kedua, Keseimbangan dua tahun kemudian terus membuat nama Ari terpahat kukuh dalam belantara muzik. Bahkan selepas muncul dengan album-album seterusnya membuatkan nama beliau kukuh dalam industri muzik Indonesia.

Sepanjang karier beliau sebagai penyanyi solo, lebih segudang lagu-lagu hits Ari yang mendapat tempat di hati peminat-peminatnya seperti Arti Hidup, Hampa, Misteri Ilahi dan Rahasia Perempuan serta lagu duet dengan Bunga Citra Lestari, Aku Dan Dirimu. Apa yang istimewa mengenai Ari ialah, di saat kehidupannya dilingkari kemewahan dan kemasyhuran, beliau masih memilih untuk melalui hidup yang sederhana.

Mengimbas sejarah perjalanan seninya, Ari mengakui sendiri, kumpulan Slank telah membawa pengaruh yang besar dalam kehidupannya. Bukan sahaja dari segi muzik, malah dari segi semangat dan perjuangan yang mereka selitkan dalam setiap karya yang dihasilkan.

Biarpun bergerak secara solo, banyak anuqerah yang telah diraih olehnya. Prestasinya yang kosisten bukan sahaja menaikkan namanya di Indonesia malah di Malaysia dan juga Singapura.

Selain dari bidang nyanyian, Ari Lasso juga melibatkan diri dalam bidang penjurian antaranya seperti rancangan “Indonesia Mencari Bakat TRANS TV”, “NEZ Academy NET TV”, “Indonesia Got Talent SCTV” dan yang terkini menerusi rancangan realiti “The Voice Indonesia RCTI”.

“Kamu Egois” Bukti cinta Ari Lasso

image

SELEPAS dua tahun meraih kejayaan luar biasa menerusi album Yang Terbaik yang menampilkan single Kisah Kita dan Doa Untuk Cinta, Ari kini kembali menawan hati peminat-peminatnya dengan single Kamu Egois. Lagu ciptaan Pay dan Dewig ini mengenai bercerita mengenai kerunsingan seseorang terhadap hubungan cintanya.

Idea penghasilan lagu cinta ini bertitik tolak pada kenyataan bahawa kisah-kisah cinta manusia tidak pernah habis untuk diceritakan, didengar atau dirasakan. Apatah lagi cinta amat sulit untuk dimengerti kerana cinta penuh rasa dan rasa inilah yang sentiasa berubah sama ada menjadi lebih nyaman atau perlahan-lahan pudar lalu menghilang tanpa pernah kita sedari.

Kamu Egois yang bergenre rock ballad dengan susunan muzik dilakukan oleh Pay diyakini akan mengulangi kejayaan lagu-lagu popular Ari sebelum ini seperti Hampa, Perbedaan, Penjaga Hati dan lain-lain.

Ini adalah kerana kekuatan karakter vokal Ari dalam menjiwai setiap lagunya masih menjadikan kehebatan beliau sebagai penyanyi solo lelaki sukar digugat selama 13 tahun sekalipun ketika ini ramai penyanyi angkatan baharu datang silih berganti. Konsert solo beliau yang diadakan tujuh tahun lalu membuktikan kemasyhuran Ari tidak perlu dinafikan khususnya sejak membina nama melalui band Dewa 19 sebagai penyanyi utama.

Peminat-peminat Ari terus bertambah dari sehari ke sehari dan kerana itu beliau memilih untuk memberikan sebuah lagi karya yang membuktikan kecintaannya pada peminat-peminatnya tidak pernah berkurang walau seinci.

Lagu Kamu Egois dimuatkan dalam album The Best of Ari Lasso yang turut menampilkan 13 buah lagu popular Ari yang lain. Untuk pasaran Malaysia, album ini diedarkan oleh syarikat rakaman Suria Records. Ari adalah magnet yang dapat menarik peminat-peminatnya larut dalam emosinya.

Itulah Ari Lasso…

image
image
image

Leave a comment