Hulu Kelang, 4 Mei – Satu sidang media melibatkan Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia (GAFIM) diadakan hari ini bagi membincangkan isu-isu dalam industri kreatif. Kedua-dua pihak menekankan kepentingan penyatuan demi pembangunan industri tanpa sebarang agenda peribadi.
FINAS menggariskan usaha pemerkasaan akta dan polisi baru, yang bukan sahaja memfokuskan kepada filem tetapi juga kandungan kreatif seperti TV dan animasi. Langkah proaktif turut diambil dengan bekerjasama bersama persatuan bagi mendapatkan input mengenai dasar, kebajikan, dan kontrak.

Presiden GAFIM, Dato’ Jurey Rosli, menyatakan sokongan padu terhadap kepimpinan Ketua Pengarah FINAS, Dato’ Kamil Othman. Kedua-dua organisasi bersetuju untuk bekerjasama secara diplomatik dalam menangani isu industri yang timbul di media sosial.




Majlis turut dihadiri oleh penggiat industri terkenal seperti Dato’ Yusof Haslam dan wakil-wakil persatuan karyawan.
FINAS menyeru semua pihak untuk bersatu dan bekerja bersama demi kemajuan industri kreatif Malaysia.
Sumber: www.finas.gov.my
