Filem KUBO AND THE TWO STRINGS (edaran United International Pictures)

Ini filem arahan debut Travis Knight, yang juga CEO kepada studio animasi stop-motion Laika yang ditubuhkan oleh ayahnya, Phil Knight yang setakat ini pernah menerbit filem animasi stop-motion seperti Coraline, ParaNorman dan The Boxtrolls di mana Travis pernah bertugas sebagai lead animator.

Watak utama filem utama, Kubo yang buta sebelah matanya ialah seorang budak yang menjadi penglipurlara kampung dengan instrumen shamisen (hence, the song “While My Guitar Gently Weeps” yang anda dengar di trelernya, dan juga versi cover khas oleh Regina Spektor untuk filem ini: https://youtu.be/8hUOKjy-9-o ) dan sedikit magik apabila dia menggerakkan kertas yang menghasilkan origami berbentuk watak-watak dalam ceritanya kepada pengunjung pasar di kampung, dan cerita tentang kepahlawanan ini ada kaitan dengan diri Kubo, kerana ianya ialah apa yang diceritakan oleh ibunya tentang ayahnya yang telah lama meninggalkannya. Dan cerita Kubo ini tidak punya penamat…

Turn of the event dalam hidupnya (yang kucar-kacir) bermula apabila satu roh dari masa lampau telah muncul. Ia telah menyebabkan pelbagai kekecohan dengan dewa-dewa dan raksasa-raksasa memburu Kubo. Demi menyelamatkan dirinya, Kubo mesti mencari sut perisai ajaib yang pernah dipakai oleh mendiang ayahnya, yang merupakan seorang Samurai lagenda.

Treler:

https://youtu.be/bTF0JBlO0fs

Featurette ‘Creatures of the Darkness’
:

https://youtu.be/XNPAd4if3gY

Featurette ‘Crafting an Epic’:

https://youtu.be/MpkDYf6Vuv0

Featurette ‘Tyler Oakley visits Laika’:

https://youtu.be/CkjaoOHX57Q

Featurette “Myth of Kubo”:

https://youtu.be/fLwTsL1ERJs

Tarikh Tayangan: 25 Ogos 2016
Genre: Animasi
Studio Produksi: Laika
Pengedar: United International Pictures
Pelakon suara: Art Parkinson, Matthew McConaughey, Charlize Theron, Ralph Fiennes, George Takei, Rooney Mara, Brenda Vaccaro
Pengarah: Travis Knight

Leave a comment