Ulasan filem DEEPWATER HORIZON (edaran GSC Movies)

Ini adalah film yang paling scary untuk tahun 2016 yang pernah aku tonton.

Kenapa scary? Kerana olahan yang begitu kemas dari Peter Berg untuk scene letupan, cukup mengejutkan aku. Tak dapat bayangkan macam mana mangsa-mangsa team offshore ini mampu bergelut dengan letusan minyak yang sungguh padat serta api yang marak Ditambah pula dengan music score yang menaikkan bulu roma aku dari Steve Jablonsky
membuatkan setiap scene filem ini cukup menyentuhkan hati.

Walaupun permulaan filem ini agak slow dengan plot yang diketengahkan mengenai keselamatan serta punca letupan, ianya berjaya membuka mata aku melihat bertapa bahayanya bidang kerjaya oil and gas ini. Salute pada mereka dil uar sana! Anda hebat! Apa-apa pun selamat menonton! Bagi aku, Deep Water Horizon antara the best biography disaster film selepas Everest.

Rate : 9/10

p/s : SPOILER: Aku tertarik dengan watak Dale yang berjaya mengalihkan oil cranes dan terbunuh semata-mata untuk menyelamat sahabat-sahabatnya. Jika producer ketengahkan wataknya lebih lagi dalam filem ini, mungkin filem ini lebih menyentuh perasaan berbanding hanya fokus pada komander-komander team offshore ni sahaja.

Ulasan oleh Khaidir Shahri. Ulasan ini pernah muncul dalam group Movie Addict sebelum penutupan tanpa sebarang penalti oleh pihak Facebook ketika PKP tahun lalu. Editor BACKSTAGE ialah salah seorang admin group. Layari group baru Movie Addict di url: https://www.facebook.com/groups/movieaddictmy/

Leave a comment