Keanu Reeves kembali sebagai peguam bela dalam THE WHOLE TRUTH, selepas lama dahulu dalam The Devil’s Advocate. Turut menampilkan Renée Zellweger, Gugu Mbatha-Raw, Gabriel Basso dan Jim Belushi. Arahan Courtney Hunt, tulisan Nicholas Kazan, edaran Lionsgate Premiere 21 Oktober ini.
Plot: Seorang peguambela, Richard Ramsay, telah bersumpah kepada rakannya Loretta Lassiter yang dia akan memastikan anak Loretta, Mike, tidak akan masuk ke penjara walau apa sekali pun. Apabila Mike didakwa atas kesalahan membunuh bapanya, Ramsay cuba melucutkan dakwaan tersebut. Tetapi bukti mengenai bapa Mike, Boone Lassiter, mula timbul dan mendedahkan sisi gelapnya. Sementara Ramsay menggunakan bukti untuk melepaskan Mike daripada tuduhan itu, rakannya Janelle cuba menyiasat kes tersebut dengan lebih mendalam dan mendapati hanya dia seorang boleh merungkaikan seluruh kebenaran.
Bahasa: Inggeris
Genre: Drama / thriller
Pengedar: GSC Movies
Pelakon: Keanu Reeves, Renee Zellweger, Gugu Mbatha-Raw, Gabriel Basso, James Belushi
Pengarah: Courtney Hunt
Treler:
