Pengarah tersohor yang memenangi tiga Anugerah Academy®, Ang Lee, sekali lagi membuktikan keistimewaan visinya menerusi filem terbaharu, Billy Lynn’s Long Halftime Walk, adaptasi daripada novel terlaris yang mendapat pujian ramai.
Filem ini mengisahkan pengalaman seorang anggota tentera muda berusia 19 tahun, Billy Lynn (dilakonkan oleh pendatang baharu Joe Alwyn), yang bersama pasukan Bravo Squad menjadi wira selepas melalui pertempuran sengit di Iraq. Mereka kemudian dibawa pulang ke Amerika Syarikat untuk mengadakan ‘victory tour’ sebagai penghargaan.
Menerusi penggunaan teknik imbas kembali, filem ini membawa penonton menyelami kisah sebenar yang berlaku di medan perang, yang memuncak dalam satu persembahan spektakular sewaktu pertunjukan separuh masa perlawanan bola sepak sempena Hari Kesyukuran. Filem ini menggambarkan kontras antara realiti peperangan yang dihadapi oleh Bravo Squad dan persepsi masyarakat Amerika.
Selain Joe Alwyn, barisan pelakon turut diserikan oleh Kristen Stewart, Chris Tucker, Garrett Hedlund, Vin Diesel dan Steve Martin. Ang Lee turut memperkenalkan inovasi baharu dalam dunia perfileman dengan menggunakan teknologi rakaman pada kadar bingkai ultra tinggi buat pertama kali dalam sejarah, mencipta pengalaman digital yang lebih mendalam untuk menggambarkan kengerian perang secara lebih realistik.
Billy Lynn’s Long Halftime Walk bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 10 November 2016.

Billy Lynn’s Long Halftime Walk diarahkan oleh pengarah tersohor Ang Lee, dengan skrip ditulis oleh Jean-Christophe Castelli berdasarkan novel karya Ben Fountain.
Filem ini diterbitkan oleh Marc Platt, Ang Lee, Rhodri Thomas dan Stephen Cornwell, manakala Brian Bell, Guo Guangchang dan Ben Waisbren bertindak sebagai penerbit eksekutif.
Barisan pelakon utama filem ini menampilkan Joe Alwyn, Kristen Stewart, Chris Tucker, Garrett Hedlund, bersama Vin Diesel dan Steve Martin.
Di Malaysia, Billy Lynn’s Long Halftime Walk diedarkan oleh Sony Pictures Releasing International. Untuk maklumat lanjut, peminat boleh mengikuti laman Facebook rasmi Sony Pictures Malaysia di facebook.com/SonyPicturesMalaysia.
