20th Century Fox dalam menerima lesen untuk membikin dunia filem Marvel sendiri tanpa perlu dibayangi oleh Marvel Cinematic Universe rekaan Marvel Studios / Walt Disney Studios, telah membenarkan kebebasan artistik buat pengarahnya, Josh Boone (Stuck in Love, The Fault in Our Stars) melalui The New Mutants yang tampak lebih terarah kepada cereka horror berbanding superhero yang sering dikaitkan dengan filem adaptasi komik Marvel sebelum ini. Di pawagam 12 April 2018.

Filem ini berkisarkan lima mutan muda baru mengetahui tentang kebolehan mereka ketika ditahan dalam sebuah fasiliti rahsia tanpa kerelaan mereka. Mereka kini perlu melawan demi menyelamatkan diri masing-masing.
Filem ini bakal membariskan pelakon seperti Anya Taylor-Joy, Maisie Williams, Charlie Heaton, Henry Zaga, Blu Hunt dan Alice Braga. Tonton treler di bawah dengan rendisi terbaru Pink Floyd – Another Brick in the Wall.
