FILEM: BUSKER (akan datang di pawagam 11 Januari 2018)

Busker berkisarkan tentang kisah cinta diantara Adil dan Vera yang sering tidak bersependapat, sehinggalah mereka dipaksa untuk bekerjasama dalam satu tugasan kolej dan mulai rapat. Rupa-rupanya Adil cuba bangun selepas ditinggalkan kekasihnya Mel, jadi Vera mencadangkan dia menyertai pertandingan busker untuk memenangi hati Mel semula. Tetapi dari masa ke semasa mereka meluangkan masa bersama, perlahan-lahan Vera mula menaruh perasaan terhadap Adil.

Tarikh Tayangan: 11 Januari 2018
Genre: Romantik / Remaja/Muzikal
Durasi: 1 Jam 54 Minit
Pengedar: Astro Shaw
Pelakon: Hafeez Mikail, Daiyan Trisha, Anas Ridzuan, Bulan, Lia Natalia, Mas Khan, Elizabeth Tan, Luqman Hafidz, Jihan Muse, Man Bai
Muzik: Monoloque
Pengarah:  Syed Khairul Fariz @ Kye Fariz