Pengarah filem Rizal Halim (Lurking Woods) yang sebelum ini dikhabarkan terlibat dengan projek filem adaptasi animasi superhero tempatan iaitu KELUANG MAN ZERO di bawah produksi Aziz M Osman telah menarik diri dari projek ini melalui status Facebook baru saja dimuat naik:
“Disclaimer : I got nothing to do with”Keluang Man The Movie” film project anymore. Anything about the project, please do refer person in charge. I would love to say thank you to those who had put their effort and idea into the project before this. Thank you again. Moving to next chapter… Let’s do it..!!”
Kami doakan Rizal Halim selamat berjaya dengan projek filemnya yang mendatang. Berita tentang siapa yang bakal mengambil alih tempat Rizal Halim atau adakah projek filem ini masih diteruskan atau tidak belum dapat dipastikan.
Sebelum ini berita adaptasi filem “Keluang Man” menjadi gempar apabila pelakon Azhar Sulaiman turut memuat naik status di Facebook di mana beliau turut perbincangan bersama pengarah dan penerbit KRU Studios, Yusry Abdul Halim untuk membikin versi Keluang Man yang lain, yang pasti tiada kaitan langsung dengan produksi Aziz M Osman menyebabkan ramai yang mempersoal pihak mana sebenarnya yang mendapat hak yang sah untuk mengadaptasi filem superhero tempatan ini. Malah Azhar atau lebih mesra dengan panggilan Mami turut menulis kapsyen, “Mesyuarat pertama dengan Yusry KRU untuk menerbitkan “Keluang Man”…Hmm..Mami nak pilih siapa jadi Keluang Man?”.
Watak Keluang Man adalah watak adiwira yang diinspirasikan dari watak Batman yang mula ditayangkan animasinya di kaca TV tempatan sejak lewat 1990’an.

