Chiu Keng Guan yang sebelum ini pernah mengarah filem The Journey dan Olabola bakal membawakan filem terbaru, Think Big Big.
Lakonan Serene Lim, filen komedi/drama ini berkisarkan seorang gadis bertubuh besar, Moon yang berkerja sebagai maskot di taman tema di mana dia tidak mengendahkan persepsi umum tentang dirinya sehinggalah dia terjebak dalam pertandingan melangsingkan badan. Pada satu tahap dia diangkat sebagai ‘Dewi Nasional’, diperkata dan diperhatikan para netizen. Perlahan-lahan dia hanyut dalam perhatian dunia digital sehingga hilang sokongan dari ibubapa dan rakan baiknya sendiri. Bagaimanakah dia mahu mengembalikan kebahagiaan dan mereka-mereka yang disayanginya?
Terbitan Astro Shaw dan edaran GSC Movies, bakal ditayangkan pada 15 Februari ini.

