MBO semarakkan keriangan ke Ipoh dengan pelancaran pawagam terbaru di AEON Falim Ipoh

IPOH, 24 Januari – MBO Cinemas meneruskan perkembangan dengan membuka cawangan ke-27 di AEON Midtown Falim, Ipoh, menerusi pelaburan lebih RM14 juta. Cawangan ini memperkenalkan dua konsep unik buat pertama kalinya di utara tanah air: KECIL dan BIG SCREEN.

Ketua Pegawai Operasi MBO Cinemas, Cheah Chun Wai, berkata pelancaran ini bertujuan menawarkan pengalaman sinematik berteknologi tinggi pada harga berpatutan kepada warga Ipoh.

Konsep KECIL direka khas untuk keluarga, menampilkan kemudahan seperti katil sofa, kerusi “Bean” untuk kanak-kanak, taman permainan dalam dewan, bilik salin lampin, serta audio yang lebih perlahan dan pencahayaan lebih terang demi keselesaan ibu bapa dan anak-anak.

Sementara itu, konsep BIG SCREEN menampilkan skrin besar dengan teknologi projektor RGB laser BARCO dan sistem bunyi DOLBY ATMOS®, menjanjikan pengalaman tontonan berimpak tinggi dan kualiti visual serta audio yang mengagumkan.

“Kami mahu warga Ipoh menikmati pengalaman menonton filem yang luar biasa di MBO Falim,” kata Chun Wai.

MBO Falim menawarkan enam (6) panggung wayang biasa selain daripada 2 dewan berkonsep khas, yang membawa jumlah sebanyak lapan (8) dewan tayangan dengan gabungan 1169 tempat duduk.

Big Screen

Foto 1: Dewan MBO Big Screen memaksimumkan pengalaman sinematik dengan salah satu skrin gergasi terbesar di Ipoh dan dewan yang mampu menempatkan 300 penonton filem dengan selesa.

MBO Kecil

Foto 2: Dewan tayangan MBO Kecil kini membolehkan kanak-kanak untuk berlari bebas dan menonton filem mesra kanak-kanak dengan katil sofa yang selesa, kerusi ‘bean’ dan taman permainan yang dibina di dalam dewan.

MBO Twin Hall

Foto 3: MBO Ipoh Falim turut menyediakan dewan yang direka dengan tempat duduk berkembar yang luas sesuai untuk pasangan dan keluarga.

Mengenai MBO Cinemas

MBO Cinemas terus berkembang menjadi peneraju utama di dalam industri pawagam sejak pertama kali membuka tirainya kepada rakyat Malaysia pada 2005. MBO yang kini merupakan salah satu daripada tiga rantaian pawagam terbesar di negara ini tidak menunjukkan tanda-tanda untuk mundur dengan merancang untuk membuka 3 lagi cawangan terbarunya pada 2017, dengan jumlah 27 lokasi dan 213 skrin. MBO berusaha keras untuk menjadi jenama pawagam yang paling digemari dengan menyediakan pengalaman hiburan yang berkualiti yang disampaikan oleh pasukan yang mesra dan pencinta filem profesional. Untuk maklumat lanjut mengenai MBO Cinemas, sila layari http://www.mbocinemas.com/