LARA CROFT PALING RAMAI DI PREMIERE FILEM TOMB RAIDER

Di Beijing, sempena tayangan filem terbaru Tomb Raider, sekumpulan penonton telah memecahkan rekod dunia sebagai yang paling ramai mengenakan kostum Lara Croft, watak permainan video Tomb Raider iaitu seramai 316 orang dalam sebuah acara sekaligus mengatasi rekod sebelum ini seramai 270 orang di Paris pada tahun 2016.

Filem Tomb Raider yang diperankan oleh pemenang anugerah Academy, Alicia Vikander kini telah ditayangkan di pawagam sejak 8 Mac lalu edaran Warner Bros. Pictures.

image

Plot:Lara Croft adalah anak seorang penjelajah yang hilang ketika ekspedisi ke sebuah pulau terpencil. Beberapa tahun selepas kehilangan ayahnya, dia memulakan ekspedisinya sendiri untuk mencari ayahnya.

Klasifikasi: P13
Tarikh Tayangan: 8 Mac 2018
Genre: Aksi / Pengembaraan
Durasi: 1 Jam 58 Minit
Pengedar: Warner Bros. Pictures
Pelakon: Alicia Vikander, Walton Goggins, Daniel Wu, Dominic West
Pengarah: Roar Uthaug