Ini merupakan tempat pertama yang dilawati penulis usai tiba di Grand Ion Delemen di mana penulis di sambut dengan aneka masalan yang disediakan oleh para chef (kami belum sempat nak rehat seketika di bilik hotel tapi ia berbaloi kerana masakan yang disediakan untuk makan tengahari kami memang hebat yang dibuktikan melalui foto yang kami ambil).
Ringkasnya, Kembali Kitchen ialah restoran yang dibuka sepanjang hari di hotel yang menyambut anda dengan aneka selera tempatan dan rasa antarabangsa dalam suasana yang bergaya moden. Restoran ini juga menampilkan stesen memasak aksi ‘live’ yang membolehkan tetamu untuk berinteraksi dengan para chef dan menonton bagaimana keajaiban masakan ini berlaku. Restoran ini juga menyediakan para pelanggan menu a la carte yang disediakan dari sarapan pagi hingga makan malam untuk memenuhi setiap suasana dan selera anda.
Antara ciptaan inovatif oleh chef berbakat termasuk ‘Kembali’ Homemade Burger, Hainanese Chicken Rice, Black Pepper Udon, ‘Nasi Lemak di Awan’, Beef Tenderloin Australia, dan Alaskan Salmon Fillet. Menu kanak-kanak khas dengan pilihan hebat untuk si kecil juga boleh didapati di Kembali Kitchen.
Penulis pasti akan kembali lagi!





Kembali Kitchen dibuka dari jam: 7:00 pagi hingga 10:30 / 11:00 malam setiap hari
Waktu sarapan: 07:00-11:00 pagi
Waktu makan tengah hari & makan malam: Ahad hingga Khamis: 11:00 pagi – 10:30 malam (Chinese Kitchen dari 12:00 tengah hari – 3:00 petang dan 6: 00 petang – 10:30 malam)
Hari Jumaat, Sabtu, malam sebelum atau pada hari cuti Umum: 11:00 pagi hingga 11:00 malam (Chinese Kitchen dari 12:00 tengah hari – 3:00 petang dan 6:00 petang – 11:00 malam)










HARGA BUFFET SARAPAN
• Hari biasa: RM52 seorang
• Hujung minggu / Cuti Umum: RM58 seorang
** Kadar untuk Kanak-Kanak / Warga Emas (warganegara Malaysia SAHAJA) ialah separuh harga.
Lokasi: Grand Ion Delemen Hotel, Jalan Ion Delemen 1 ,Genting Highlands , Pahang Darul Makmur , 69000 , Malaysia
Nombor telefon: +603 6433 22
Laman web: https://www.iondelemenhotels.com
