EXCELLENT! FILEM KETIGA BILL & TED BAKAL JADI REALITI!

Selepas sesi fotografi reunion Bill & Ted untuk Entertainment Weekly di mana dua bintang utamanya, Keanu Reeves dan Alex Winter serta dua penulis lakonlayarnya, Chris Matheson dan Ed Solomon mengenang kembali proses-reses pembikinan francais stoner itu, mereka turut mendedahkan perancangan filem ketiga Bill & Ted yang semakin pasti menjadi realiti.

Menurut mereka, filem ketiga yang bakal dinamakan Bill & Ted Face the Music ini telah siap skripnya dengan pengarah filem sci fi komedi Galaxy Quest,  Dean Parisot bakal menduduki kerusi pengarah. The plot? Selepas berusia 50 tahun, Bill dan Ted yang kini berkeluarga masih belum menulis sebuah lagu yang bakal menjadikan dunia sebuah utopia (bukan God Gave Rock and Roll To You dengan intro solo Steve Vai nampaknya…)

Ia bakal diterbitkan oleh Steven Soderberg dan Scott Kroopf manakala Winter, Reeves dan Bill Sadler (sebagai Grim Reaper) akan kembali membintangi filem ini. Ia dalam proses mencari pembiaya dalam sebulan dua. Station!

image