Pendedahan Didie Alias Berhubung Isu Viral DYXY Cosmetics

Pada 28 Mac, satu sidang media diadakan di Flora Terrace oleh DYXY Cosmetics bagi menjawab isu viral berkenaan permasalahan kulit, permainan harga, dan pencabutan kod QR produk mereka. Sidang media ini diketuai oleh Ketua Pegawai Operasi, En Shah Hafiz, bersama pengasas DYXY, Pn Dyana Roslan, serta selebriti popular, Mummy Didie Alias.

Mummy Didie Alias meluahkan kekecewaannya terhadap dakwaan viral tersebut, menyatakan bahawa sepanjang penggunaan produk DYXY, beliau tidak menghadapi sebarang masalah. Pihak pengurusan menjelaskan bahawa dakwaan permasalahan kulit yang timbul adalah selepas tiga bulan penggunaan, dan sebelum ini pengguna tersebut telah memberikan maklum balas positif. Mereka menekankan bahawa DYXY bukan produk penjagaan muka dan meminta pengguna memahami cara penggunaan kosmetik yang betul.

DYXY juga menegaskan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pengedar yang terbabit dalam kes pencabutan kod QR, serta menasihati pengguna agar membeli produk dengan kod QR yang sah bagi menjamin kualiti.

Leave a comment