TABUNG “SHARE THE CARE” BAGI WECARE JOURNEY BERTUJUAN UNTUK MENINGKATKAN KESEDARAN MENGENAI SPINAL MUSCULAR ATROPHY
Kuala Lumpur, 7 May 2018 – Suria KLCC Sdn Bhd hari ini mengumumkan bahawa pusat membeli belah berprestij tersebut telah berjaya mengumpul dana lebih RM25,000 melalui kempen “Share The Care”, bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang Spinal Mascular Antrophy (SMA). Dana tersebut dikumpul semasa perayaan Krimas pada bulan Disember 2017 dan sambutan Tahun Baru Cina pada awal tahun ini.
Kempen “Share The Care” adalah usaha sama di antara Suria KLCC dan WeCareJourney, sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan oleh pasangan suami isteri, iaitu Edmund Lim dan Yap Sook Yee.
“Penubuhan WeCareJourney oleh Edmund dan Yap Sook Yee adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat tentang SMA, memandangkan anak lelaki mereka, Brander Lim yang mengidapi SMA. Mereka amat aktif dalam program anjuran pertubuhan ini bagi memastikan kesejahteraan anak-anak yang menghidapi SMA terjaga,” kata Andrew Brien, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.
Pertubuhan bukan kerajaan ini bergantung sepenuhnya kepada sumbangan individu dan organisasi untuk kos pentadbiran dan operasi. Malah, Edmund dan Yap Sook Kee amat berdedikasi dalam usaha mempertingkatkan kesedaran masyarakat mengenai SMA, di samping menjaga kedua anak mereka yang masih kecil. Menurut Andrew lagi, atas dasar inilah yang mendorong Suria KLCC untuk bekerjasama dan seterusnya menyalurkan dana kepada WeCare Journey.

Suria KLCC juga telah bekerjasama dengan anak-anak daripada WeCareJourney dengan memanfaatkan bakat dan kreativiti mereka untuk memghasilkan kad ucapan khas hari Krismas. Inisiatif pengumpulan dana ini berlangsung selama sebulan, bermula dari 28 November sehingga 28 Disember, 2017. Kad-kad ucapan hari Krismas yang direka khas oleh anak-anak istimewa iaitu Branden (7 tahun) dan Jayden (10 tahun), dijual di Suria KLCC dan Alamanda dengan sumbangan minima sebanyak RM10.
Inisiatif ini diteruskan pada sambutan Tahun Baru Cina pada awal tahun ini di mana pengunjung yang menyumbang sebanyak RM10 kepada tabung “Share The Care” akan menerima riben merah sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan mereka kepada pesakit SMA. Kempen ini berlangsung selama sebulan, bermula 2 Januari hingga 28 Februari 2018.
Dengan jumlah sumbangan yang terkumpul, WeCare Journey telah berjaya membeli dua kerusi elektrik dan peralatan kesihatan untuk membantu penghadaman, pengedaran darah dan pernafasan yang dikenali sebagai standers. Ia dapat memberi pelbagai faedah terapeutik dan manfaat fisiologi kepada kanak-kanak yang menghidapi SMA.
Spinal Muscular Atrophy (SMA) adalah sejenis penyakit genetik yang menyebabkan kelemahan otot yang progresif pada otot saraf motor dan seterusnya mengakibatkan penghidap tidak mampu berjalan, makan dan juga bernafas dengan sendiri. SMA merupakan penyakit genetik utama yang menyebabkan kematian di kalangan bayi yang berusia antara enam hingga 18 bulan dan boleh dihidapi oleh mana-mana bangsa dan jantina. Di Amerika, kajian menunjukkan bahawa satu daripada 10,000 orang menghidapi SMA, dan satu dari setiap 50 orang rakyat Malaysia adalah pembawa genetik penyakit ini.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai SMA dan WeCare Journey, sila layari www.wecarejourney.org
