Bekas tenaga pengajar biologi marin di mana minatnya yang mendalam terhadap alam laut telah menerbitkan watak span laut yang popular ini meninggal dunia pada hari Isnin lalu selepas sekian lama bertarung dengan ALS.

Terima kasih Stephen kerana menceriakan hari-hari kami dengan membawa Tom Kenny keluar dari set video muzik The Smashing Pumpkins – Tonight, Tonight dan memberikannya watak animasi yang diingati sepanjang zaman. Terima kasih kerana membawa Kurgan keluar dari set Highlander dan memberikan beliau watak majikan ketam yang cekik darah. Terima kasih kerana membawa Biff Tannen keluar dari set Back To The Future dan memberikan beliau watak Biff Tannen versi dalam laut. Terima kasih kerana menyelitkan Twisted Sister, Motörhead dan Pantera (siap dengan logo berapi). Terima kasih untuk cameo David Bowie.Terima kasih untuk animasi yang masuk air ini kerana secara harafiahnya ia memang di dalam air.
