Yes! Great move, Tumblr! Sebagai pengguna terawal laman microblogging ini sejak 2007 yang banyak memberi inspirasi kepada jurufoto, penulis dan pereka grafik, langkah Tumblr untuk membasmi segala akaun dan post ‘adult content’ yang telah memberi imej buruk kepada Tumblr bakal memberi tamparan hebat kepada kaki laman porno terutama selepas Malaysia mencatat jumlah pengguna terbesar laman web ini yang mencari bahan porno termasuk carian ‘pornografi kanak-kanak’ yang menjijikkan.
Tumblr sebelumnya membuka ruang untuk pengguna memuatnaik foto bogel yang mulanya dianggap sebagai ‘nude art’ tapi lama-kelamaan ianya jadi pornografi dan sesuatu yang tidak menyihatkan.
Langkah Tumblr amat tepat selepas Starbucks mula menghalang pengguna wifi mereka daripada melayari laman web lucah hinggakan laman PornHub mengharamkan staf mereka daripada membeli dan menyeludup kopi Starbucks ke ofis (Pornhub ada ofis, ok!) sebagai tanda protes.
Semoga Tumblr kembali kepada fitrahnya sebagai laman pencetus ilham yang menenangkan. Make Tumblr cool again!

