Melalui wataknya sebagai Orm di dalam filem superhero terbaru Aquaman (kini di pawagam edaran Warner Bros. Pictures), ini merupakan kali kedua aktor Patrick Wilson membawakan watak DC Comics. Kali pertama ialah melalui watak Dan Dreiberg atau Nite Owl II di dalam filem Watchmen (2009) arahan Zack Snyder yang merupakan adaptasi novel grafik tulisan Alan Moore (From Hell, V For Vendetta, The League of Extraordinary Gentlemen).


Watchmen akan dijadikan siri TV oleh saluran HBO yang kini dalam proses produksi.
P/S: Patrick Wilson juga pernah muncul di dalam filem Batman v Superman: Dawn of Justic tetapi suaranya saja sebagai Presiden Amerika Syarikat.
