“Saya Masih Hidup” : AR Badul Tepis Khabar Angin Sudah Meninggal Dunia

“Salam semua saya masih sihat .. jangan dengar berita palsu amin”, begitulah status ringkas yang dikongsikan di laman profil Facebook AR Badul selepas tersebar berita palsu tentang kematiannya di laman-laman Facebook blog nyamuk.

Sebelum ini, adik kepada pelawak itu, pelakon Adlin Aman Ramlie mengesahkan kesihatan abangnya AR Badul sudah kembali pulih selepas terkena serangan jantung beberapa hari lalu. Badul mendapat rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) dan menerusi Instagram miliknya meminta para peminat agar mendoakan kesejahteraannya.