A&W merilis 100th Anniversary Collector’s Mug edisi terhad

Kini anda berpeluang memiliki A&W 100th Anniversary Collector’s Mug edisi terhad sempena ulangtahun ke-100 pembukaan restoran makanan segera A&W sejak pertama kali ia dibuka pada tahun 1919 oleh Roy W. Allen sebagai sebuah gerai yang menjual minuman rutbir di Lodi, California. Nama A&W diambil sempena pangkal huruf pada nama keluarga dua pemilik asal dan rakan niaga restoran ini iaitu Roy W. Allen dan Frank Wright.

Di Malaysia, restoran A&W pertama kali dibuka pada tahun 1963 dan sehingga kini 27 cawangan sedang beroperasi di seluruh negara Malaysia dan dijangka akan dikembangkan ke 60 cawangan pada hujung tahun ini dan 100 cawangan pada tahun 2021.

Mug edisi 100 tahun ini hanya terhad pada 5,000 unit sahaja di jual di rangkaian restoran A&W selagi stok masih ada pada harga RM29.90 dengan setiap pembelian di restoran bernilai RM25 pada satu resit manakala mug versi bertatah emas dijual pada harga RM35.90.

Leave a comment