KUALA LUMPUR, 25 Mei 2019 – Sempena sambutan Ramadhan dan Hari Raya Aidilfitri, kempen Raya tahun ini bermula dari 23 Mei hingga 9 Jun 2019. Quill City Mall Kuala Lumpur, destinasi membeli-belah yang mesra keluarga dan kanak-kanak di sepanjang Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur, dengan bangganya mempersembahkan pelancaran besar-besaran “Rileklah! Raya Bersama Didi & Friends”.
Didi & Friends, sebuah produksi oleh Digital Durian, adalah sebuah rancangan TV kanak-kanak yang terkenal yang menampilkan kartun yang mendidik, interaktif dan menyeronokkan dengan nyanyian dan cerita untuk kanak-kanak kecil. Berdasarkan kejayaan dan kehadiran yang ramai semasa Karnival 1Billion Didi & Friends pada September 2018 di Quill Convention Centre, keluarga dan kanak-kanak dijangka dapat menikmati sambutan Raya yang istimewa bersama Didi & Friends.
Tahun ini, tema kempen Raya adalah berpusatkan Didi & Friends yang melancong ke pantai untuk menyambut Raya; sebuah tema pantai yang santai dan menenangkan dengan gabungan unsur-unsur tradisional dan moden Raya. Dikelilingi oleh lampu-lampu berwarna-warni yang menceriakan Atrium Utama, rumah-rumah pantai, pokok kelapa, pemandangan laut yang indah dan papan potong Didi adalah antara tarikan yang tidak boleh dilepaskan di hiasan Raya kami. Terdapat kawasan berpermaidani bertema pantai di Atrium Utama untuk keluarga dan belia untuk Buka Puasa dan bersantai di pantai dengan beg-beg kacang berwarna-warni. Sebuah konsep terbuka dan kebebasan untuk belia berkumpul dan bersosial antara satu sama lain sambil dikelilingi oleh koleksi fesyen terkini di bandar.







