Selain Joker, diam-diam DC Comics/Warner Bros. Pictures bakal tampil dengan filem THE KITCHEN yang dijangka tayang lebih awal pada bulan Ogos ini yang merupakan adaptasi novel grafik imprint DC/Vertigo dengan tajuk yang sama.
Filem yang bisa menterbalikkan meja bisnes Disney/ Marvel ini merupakan arahan debut Andrea Berloff yang sebelum ini pernah menerima pencalonan Oscars untuk lakonlayar filem Straight Outta Compton. Dilakonkan oleh Melissa McCarthy, Tiffany Haddish dan Elisabeth Moss, ia berlatarbelakangkan tahun 1970’an di bandaraya New York di mana tiga isteri kepada ahli kumpulan kongsi gelap Irish terpaksa mengambil alih tugas ketiga-tiga suami mereka yang berada dalam tahanan FBI. Bakal mengingatkan anda pada filem Widows.

