KUALA LUMPUR, 12 Julai 2019 – Dengan pendekatan baharu yang progresif dan inovatif dalam pengambilan pekerja, Maybank GO. Ahead Challenge (MGAC) 2019 kembali untuk mengenal pasti bakat muda di seluruh Malaysia, ASEAN, dan dunia. Sejajar dengan ini, Maybank telah menganjurkan sesi panel bertajuk ‘#ChallengeOfChoice: Nature Vs. Nurture’ yang menampilkan pemimpin industri seperti Nora A Manaf, Ketua Pegawai Sumber Manusia Kumpulan Maybank, Timothy Tiah, Pengasas Colony, Anabelle Co-Martinent, Pengasas La Juiceria, dan Zikry Kholil, Pengasas Bersama Incitement.
Hadir dalam sesi panel tersebut adalah lebih daripada 120 peserta MGAC dan wakil-wakil universiti. Sesi panel membincangkan topik #ChallengeOfChoice: Nature Versus Nurture dalam landskap pekerjaan dan bagaimana majikan masa kini menggunakan pendekatan inovatif untuk menarik bakat generasi akan datang. MGAC merupakan pertandingan pengambilan bakat multi-disiplin Maybank yang telah memberi impak kepada kehidupan lebih daripada 1.2 juta pelajar dan graduan di seluruh dunia sejak ia dimulakan pada tahun 2012.

