EDWARD FURLONG AKAN KEMBALI SEBAGAI JOHN CONNOR DALAM TERMINATOR: DARK FATE

Di acara San Diego Comic-Con yang sedang berlangsung, James Cameron telah membuat lintas langsung secara livestream dari set Avatar, mengumumkan berita terbaru: pelakon asal watak John Connor iaitu Edward Furlong bakal kembali membawa watak itu sekaligus menemukan semula beliau dengan dua pelakon asal francais sains fiksyen ini iaitu Arnold Schwarzeneger dan Linda Hammilton.

Selepas filem Terminator 2: Judgement Day, watak John Connor pernah beberapa kali diperan oleh pelakon lain dalam filem iaitu Nick Stahl (Terminator 3: Rise of the Machines), Christian Bale (Terminator Salvation), Jason Clarke (Terminator Genisys) serta Thomas Dekker dan John De Vito melalui siri televisyen Terminator: The Sarah Connor Chronicles.

Filem Terminator: Dark Fate arahan Tim Miller (Deadpool) bakal menemui penonton pada 1 November ini.

Leave a comment