Marrybrown® memperkenalkan Rendang Ayam Asli, restoran makanan segera pertama di Malaysia yang memperkenalkan salah satu makanan tradisional kesayangan negara
Kuala Lumpur, 27 September 2019 – Penggemar-penggemar Rendang Ayam kini dapat bergembira kerana rantaian makanan segera tempatan Halal yang pertama dan terbesar di Malaysia, Marrybrown membawa rasa makanan asli tempatan ke cawangan-cawanganya di Malaysia bulan ini! Membawakan dua kombo Rendang Ayam Asli iaitu Nasi Ayam Rendang dan Burger Ayam Rendang, para peminat dapat menikmati menu mengujakan ini dari 19 September 2019 hingga 3 November 2019 di cawangan Marrybrown terpilih di seluruh Malaysia.
Rendang adalah satu hidangan yang terkenal di seluruh dunia, kaya dengan sejarah dan kepentingan kebudayaan yang menyatu-padukan masyarakat. Menjadi restoran makanan segera yang pertama di Malaysia yang menyajikan salah satu daripada hidangan tradisional yang digemari rakyat Malaysia, kombo Marrybrown Rendang Ayam diperap dengan pelbagai herba dan rempah yang akan memberi deria rasa yang seakan-akan sama kerana Marrybrown menggunakan cara memasak tradisional yang sama dalam penyediaan makanan tersebut bagi mengekalkan rasa yang kaya dengan asli dan enak.

“Rendang Ayam adalah juadah yang bukan hanya digemari oleh masyarakat Melayu, malah ia meninggalkan sentimen yang hebat kepada semua orang yang mencuba juadah ini. Rakyat Malaysia memiliki keinginan yang membuak-buak terhadap rendang sama ada pada musim perayaan seperti Raya atau hari-hari yang lain, ia adalah satu juadah yang tidak pernah gagal untuk menceriakan rakyat Malaysia. Kami amat bersemangat untuk menyajikan keenakan kombo Rendang Ayam ini kepada para pelanggan kami,” kata Dato’ Joshua Liew, Ketua Pegawai Eksekutif Marrybrown.

Berharga dari RM12.50 (Burger Ayam Rendang) dan RM13.90 (Nasi Rendang Ayam), kombo yang berpatutan dan enak ini akan membuatkan rakyat Malaysia mahukan lebih lagi.
“Menjadi rantaian makanan segera yang sangat popular di Malaysia yang pertama memperkenalkan makanan warisan tempatan di dalam menu kami seperti Nasi Marrybrown yang terkenal, Bubur Ayam dan Mi Kari, matlamat kami adalah untuk terus memberikan perkhidmatan berkualiti tinggi serta hidangan yang lazat kepada para pelanggan kami di mana mereka boleh menikmati waktu berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan mereka di Marrybrown. Kami berharap para pelanggan kami akan terus menyokong kami dan nikmati apa yang telah kami sediakan untuk mereka ketika kami menceburi fasa menarik ini,” tambah Dato’ Joshua.

Tahun ini, Marrybrown berbangga untuk meraikan kejayaan selama 38 tahun sebagai rantaian makanan segera Halal yang terbesar dan pertama yang diperkenalkan di Malaysia. Jenama ini telah berkembang dengan pesat selama 38 tahun yang lalu dengan pelan pengembangan domestik dan antarabangsa yang akan datang bagi 2019/2020.
Marrybrown kini berkhidmat buat berjuta pelanggan melalui lebih daripada 500 restoran di 16 buah negara dengan matlamat utama untuk menyediakan kualiti dan servis serta nilai kebersihan dan kepuasan yang tinggi bagi pengalaman menjamu selera yang sempurna.
Untuk maklumat lanjut mengenai Marrybrown dan promosinya, sila layari:
Facebook: MarrybrownMalaysia
Instagram: Marrybrownmy
Youtube: MarrybrownTV
