FILEM BIOPIK LEMMY DAN MOTÖRHEAD BAKAL DIHASILKAN

Siapakah yang sesuai membawakan watak beliau?

Filem biopik tentang Lemmy Kilmister, vokalis, bassist dan pengasas band rock Motörhead sedang dalam perancangan.

Filem ini yang bakal menggunakan tajuk Lemmy akan diarahkan oleh Greg Olliver yang sebelum ini pernah menghasilkan dokumentari dengan tajuk yang sama pada tahun 2010 selepas mengikuti perjalanan konsert Motörhead selama tiga tahun.

Lemmy yang diangkat sebagai ‘godfather of heavy metal‘ telah menghembuskan nafas terakhirnya lima tahun lalu di usia 70 tahun.

Menerusi filem biopik ini, ia akan menuruti perjalanan karier Lemmy di England bermula sebagai roadie untuk Jimi Hendrix dan kemudian menyertai band psychedelic rock, Hawkind selama lima tahun sebelum dibuang dari band berikutan tingkah lakunya yang tak menentu. Sehinggalah pada tahun 1975 di usia 30 tahun beliau menubuhkan band Motörhead dan ia mengubah dunia muzik rock dan heavy metal amnya dengan bunyian bising dan laju yang mempengaruhi banyak nama besar hari ini seperti Metallica, Megadeth, Anthrax dan banyak band lagi yang menghubungkan jurang antara muzik heavy metal, thrash dan punk. “Ace Of Spades” yang diterbitkan pada tahun 1980 sehingga kini masih lagi kekal sebagai anthem heavy metal yang dikenali sedunia.

Filem biopik ini bakal diterbitkan oleh VMI Worldwide dengan lakonlayarnya akan ditulis oleh Medeni Griffiths dengan bantuan Greg Olliver. Jika tiada halangan, produksi akan bermula pada awal 2021. Tiada sebarang pemilihan pelakon buat masa ini tetapi semasa hayatnya, Lemmy pernah mahukan Roger Moore membawakan watak beliau.

Tonton trailer dokumentarinya, Lemmy di sini:

Leave a comment