TONTON SIRI WATCHMEN SECARA PERCUMA DI LAMAN WEB HBO

Sempena meraikan Juneteenth, anda boleh tonton kesemua episod musim pertama siri Watchmen selama tiga hari antara 19 hingga 21 Jun 2020. Layari https://www.hbo.com/watchmen

Siri TV Watchmen diilhamkan oleh Damon Lindelof (showrunner siri tv Lost dan The Leftovers) berdasarkan novel grafik ikonik tentang kejatuhan adiwira tulisan Alan Moore dan diterbitkan oleh DC Comics yang sehingga ke hari ini masih membingungkan peminat karya superhero yang kasual. Terdahulu, Watchmen pernah diangkat ke layar perak pada tahun 2009 di bawah arahan Zack Snyder.

Leave a comment