Filem animasi SCOOB! akhirnya ke pawagam serata negara mulai 6 Ogos 2020 ini edaran Warner Bros. Pictures.
Filem ini menceritakan bagaimana Scooby dan Shaggy bertemu dan menjadi rakan baik, termasuk bagaimana Mystery Inc. ditubuhkan bersama detektif muda Fred, Velma dan Daphne. Mereka berdepan cabaran terbesar apabila perlu menyelamatkan dunia dengan cuba menghalang roh anjing bernama Cerberus daripada dibebaskan. Pada masa yang sama, mereka juga mula mengetahui mengenai legasi rahsia dan takdir Scooby.
Lakonan Will Forte, Mark Wahlberg, Jason Isaacs, Gina Rodriguez, Zac Efron, Amanda Seyfried, Kiersey Clemons, Ken Jeong, Tracy Morgan, dan Frank Welker. Arahan Tony Cervone.

