Ulasan filem TENET (edaran Warner Bros. Pictures)

Guardian dalam ulasan Tenet mereka siap quote Team America: World Police. Maka expectation saya direndahkan.

Telahan saya benar kerana Tenet banyak sangat pull the same trick ikut kitab filem aksi sampai dah tau nak jadi apa. Sampai ke komposer gantian pun dia paksa ikut rentak Hans Zimmer.

Tapi saya fahamlah kenapa Nolan bermati-matian nak filemnya masuk panggung. Gambar Tenet ini memang sedap ditonton di IMAX.

Nak berkonsep sangat tapi basic James Bond saja. John David Washington sebagai Protagonist sebenarnya okay saja persembahannya tetapi premis Tenet ni sebenarnya ringan sangat. Masuk mamat Russian accent tu aku dah jerit dalam hati: ‘”it has to be a Russian!

Pada saya melalui Dunkirk, Christopher Nolan macam ketemu haluan. Tapi bila masuk Tenet ni dia nak pull the same trick macam Inception tapi aku dah hafal dan jadi tak bercitarasa sangat sebab plotnya nipis.

Rating: 5/10

Tenet ialah sebuah filem aksi tulisan dan arahan Christopher Nolan dengan lakonan John David Washington, Robert Pattinson, Elizabeth Debicki, Dimple Kapadia, Michael Caine serta Kenneth Branagh. Kisahnya tentang seorang ejen rahsia yang memanipulasi masa untuk mencegah Perang Dunia Ketiga daripada tercetus. Filem edaran Warner Bros. Pictures inu mula diedarkan di pawagam seluruh Malaysia sejak 27 Ogos 2020.

Leave a comment