Di Sebalik Kilauan Glamor, ‘The House’ Bakal Pamer Sisi Lain Princess Ezurin
Di bawah jenama ‘Gempak Original Series’, program realiti ‘The House’ kini kembali serba baharu menerusi musim yang keenam dengan konsep yang lebih menarik, tampil lebih unik dan kisah yang berbeza.
Masih mengekalkan format asal, program ‘The House’ musim terbaharu bakal menampilkan kisah Ezurin Khyra, seorang ikon fesyen berpengaruh, sosialit masyhur serta ibu jelita kepada empat putera dan seorang puteri hasil perkahwinan terdahulu bersama kerabat diraja. Lebih mengagumkan, keperibadiannya sering menjadi rujukan dan idola kepada sebilangan besar
pencinta fesyen di negara ini.



Ezurin atau lebih dikenali sebagai ‘Princess Ezurin’ tidak hanya menjadi sorotan ramai kerana paparan gaya kehidupannya yang tampak serba mewah dan glamor di media sosial, tetapi kekuatan hubungan kekeluargaan di antara Ezurin dan cahaya mata kesayangan beliau, Tunku Amaan Khrya, Tunku Nadya Khyra, Tunku Omaan Khyra, Tunku Imaan Khyra dan Tunku Rmaan Khyra. Demikian juga kehadiran rakan karib Ezurin, Magie Abang Saufi yang merupakan ibu kepada rapper terkenal, Arabyrd juga akan turut ditampilkan.
Para peminat dapat mengenali sendiri karakter sebenar keluarga terkenal ini yang tidak pernah dikongsikan dengan masyarakat umum. Lebih mengujakan, ‘The House’ akan membawa Ezurin bersama ahli keluarganya menyahut cabaran untuk keluar dari zon selesa dan menyesuaikan diri dengan kehidupan sederhana.



Saksikan ‘The House’ selama 10 episod di platform televisyen menerusi saluran Astro Ria (124) dan Astro Ria HD (104) bermula 21 Oktober 2020, setiap hari Rabu, jam 9 malam.
