ROZITA CHE WAN DILANTIK DUTA JENAMA MYLEA

Pada 8 Januari lalu bertempat di Hotel Royale Chulan Kuala Lumpur, berlangsungnya acara perlantikan duta syarikat Amylea Group Sdn. Bhd. di mana pelakon terkenal, Rozita Che Wan telah dipilih menjadi duta bagi jenama Mylea.

Lapan tahun dalam industri kecantikan, jenama Mylea telah memberikan produk-produk penjagaan kulit buat para pelanggannya di mana kelebihan produk Mylea ialah merawat masalah kulit berjeragat dan pelanggan-pelanggan telah mendapat kulit idaman sejak menggunakan produk Mylea. “Sejak tahun 2012 lagi Mylea telah wujud dan selama lapan tahun berada dalam industri kecantikan ini ramai pelanggan kami yang telah mendapat kulit idaman mereka. Masalah kulit ada pelbagai jenis tetapi masalah yang paling sukar untuk dirawat adalah masalah jeragat. Inilah kelebihan utama produk kami yang mana mampu untuk merawat masalah jeragat terutamanya,” tegas Puan Amylia yang merupakan Pengasas Mylea.

Perlantikan Rozita Che Wan sebagai duta Mylea merupakan langkah syarikat Amylea Goup dalam memperkasa dan meletakkan jenama Mylea ke peringkat yang lebih tinggi dalam pasaran produk kecantikan dengan pelbagai strategi pemasaran dirancang sepanjang perlantikan Rozita Che Wan sebagai duta rasmi mereka.

Pada majlis perlantikan dan sidang media pada pagi itu, antara yang hadir ialah Rozita Che Wan dan pengasas jenama Mylea, Puan Amylia Farhana. Majlis ini telah mendapat liputan media dari stesen TV3 dan juga blogger-blogger yang turut dijemput memeriahkan majlis. Tidak dilupakan juga agen-agen Mylea yang gigih memasarkan produk ini turut hadir menyaksikan detik gemilang ini.

Sepanjang penubuhan syarikat Amylea, jenama Mylea telah memenangi pelbagai penghargaan antaranya Asia Pacific Super Health Brand sejak tahun 2018 hingga sekarang. Syarikat ini juga telah berjaya menerima anugerah SME100 AWARDS 2020 baru-baru ini. Sehingga kini terdapat enam produk yang dikeluarkan dibawah jenama Mylea iaitu Mylea Freckles Serum dengan Moist24 Essence & Centella Asiarica Extract, Mylea Honey Soap, Mylea Treatment Foundation dan yang terkini adalah Mylea Moisturizing Lipmatte, Mylea Pore Invisible Primer serta Mylea Lip Scrub. Di antara produk yang dikeluarkan, Mylea Freckles Serum New Formulation adalah antara produk yang mendapat permintaan yang tinggi.

Produk jenama Mylea juga telah mendapat kelulusan Sirim setelah melepasi standard piawaian yang dikehendaki. Formulasinya diyakini halal dan telah mendapat kelulusan daripada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia diperakui di serata Asia Pasifik.

Untuk maklumat lanjut atau butiran forum, sila emel ke myleaskin@gmail.com dan juga laman web dan media sosial berikut:

Instagram: @mylea_hq
Laman web rasmi: https://www.mylea.my/
Facebook: Mylea HQ II
Nombor telefon: 09-6222450

Leave a comment