Mantap sangat filem ni. Aku masuk pawagam dengan minda skeptikal tentang game/anime to Hollywood live-action kerana kegagalan macam Dragon Ball dan King of Fighthers yang serius cringe giler.
Tapi skeptikal aku jauh meleset. Antara selling point untuk tengok filem ini:
- Fighting scene PADU!
Bila nampak logo WB pada permulaan filem ni aku rasa mungkin ada harapan.
Then ia terus diiyakan oleh fighting choreography scene pembukaan yang mantap gila masa Hanzo VS Bi Han clan. Cuma masuk pertengahan terasa agak tak konsisten kualiti fighting scene. Tapi tak cacatkan filem secara keseluruhan.
- No whitewashing
Aku suka watak dalam filem ni truthful kepada source material di mana bukan orang putih yang pegang watak Asian. Nice.
- Plot simple tapi menghiburkan
Plot tersusun dan mudah nak faham. Aku tak faham kenapa ada yang review filem ni sebagai messy. Straighforward kot filem ni, mana ada acah-acah plot twist ke apa. Kat pawagam aku tengok subtitle sampai ada dua, English and Malay. Takkanlah tak faham lagi tengok filem mudah macam ni?
Bakal ada sequel and deserve it.
Rating: 8/10

Sebuah `reboot` kepada filem aksi fantasi “Mortal Kombat” (1995) dan “Mortal Kombat: Annihilation” (1997). Ia berdasarkan siri permainan video yang sama judulnya, dan diperkenalkan pada tahun 1992.
Pengedar: Warner Bros. Pictures
Pelakon: Ludi Lin, Joe Taslim, Tadanobu Asano, Jessica McNamee, Mehcad Brooks, Josh Lawson, Chin Han, Hiroyuki Sanada
Pengarah: Simon McQuoid
