Titans Telah Tiba di TikTok

TikTok Mengumumkan Kerjasama Anime ‘Attack On Titan’ Dengan Pelancaran Cabaran #AttackOnTitan Yang Inovatif

KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 13 April 2021 – TikTok, destinasi utama untuk video pendek mudah alih, telah mengumumkan pelancaran kerjasama bersama siri animasi Jepun yang diiktiraf di peringkat global, ‘Attack on Titan’. Sebagai salah satu siri anime paling popular sepanjang masa, ‘Attack on Titan’ mengisahkan tentang protagonis, Eren Yeager, yang menyertai Survey Corps yang elit untuk mencapai matlamatnya membalas dendam terhadap Titans yang memberi ancaman besar kepada manusia dalam latar pasca-apokaliptik.

Dalam menjelang pelancaran jilid terakhir manga ‘Attack on Titan’ dan musim akhir anime ‘Attack on Titan: The Final Season’ tahun depan, TikTok sedang memeriahkan pengalaman peminat anime dan pengguna media sosial dengan cabaran hashtag yang baharu. Sama ada untuk menghasilkan kandungan kreatif atau ungkapan diri yang bermakna, cabaran #AttackOnTitan yang baharu ini akan membolehkan pengguna TikTok meraikan siri manga yang sangat disukai ini dalam pelbagai cara.

Selepas penamat yang mendebarkan pada musim semasa, peminat Attack on Titan tidak perlu mencari jauh untuk mendapatkan lebih banyak kandungan. TikTok kini memperkenalkan tiga kesan baharu yang boleh diterokai oleh semua pada 16 April ini.

Titan Roulette

Pernahkah anda teringin untuk tahu titan jenis apa anda akan jadi? Dengan kesan roulette baharu ini yang memaparkan 9 titan utama dalam anime, anda kini boleh melihat diri anda sebagai salah satu daripada watak-watak yang tidak dapat dilupakan ini!

Colossal Titan Green Screen

Dengan mengambil inspirasi dari adegan pembukaan yang ikonik dalam episod pertama, anda kini boleh menjadi Colossal Titan yang meruntuhkan Wall Maria di Daerah Shiganshina, melalui kesan green screen baharu ini.

Character Mimicry

Kita semua mempunyai watak ‘Attack on Titan’ kegemaran, jadi kini anda boleh meniru beberapa ekspresi ikonik dan menjadi watak yang anda cintai!

Untuk menyertai cabaran ini, ikuti TikTok rasmi ‘Attack On Titan’ dan cuba salah satu kesan baharu yang telah dilancarkan. Pastikan untuk menandakan video anda dengan #AttackOnTitan – dan berpeluang memenangi barangan rasmi ‘Attack On Titan’ yang menarik, termasuk jubah Survey Corps edisi terhad, sarung telefon jenis diari Attack On Titan, dan beg tote Attack On Titan. Tempoh cabaran adalah sehingga 31 Mei 2021, jadi jelajahi sepuas hati anda – Shinzou wo sasageyo!

Ketahui lebih lanjut mengenai kerjasama Attack on Titan di TikTok, yang tersedia secara percuma di iOS dan Android.

Leave a comment