Ulasan filem THOSE WHO WISH ME DEAD (edaran Warner Bros. Pictures)

Pada aku tajuk filem ini lagi banyak subteks daripada filemnya sendiri. Ini macam cubaan Taylor Sheridan untuk buat filem macam karya Cormac McCarthy (No Country For Old Man) tapi dapat buku second rated je.

Taylor Sheridan sebelum ini cemerlang mengarahkan filem Wind River dan menulis lakonlayar filem Sicario, kali ini Those Who Wish Me Dead merupakan karya beliau yang terburuk.

Dengan barisan pelakon top seperti Angelina Jolie, filem ini memang menjual nama pelakonnya walaupun hasil filemnya tak seberapa. Jangan sampai Angelina Jolie bakal jadi macam Nicholas Cage.

Rating: 5/10

Those Who Wish Me Dead mengisahkan tentang seorang budak bernama Connor yang melarikan diri dari dua pembunuh upahan kerana menyimpan rahsia ayahnya. Dia kemudiannya dibantu oleh seorang “smoke jumper” bernama Hannah (lakonan Jolie). Dalam usaha mereka menyelamatkan diri, mereka juga berdepan ancaman kebakaran hutan yang mengancam nyawa.

Arahan: Taylor Sheridan
Lakonan: Angelina Jolie, Finn Little, Nicholas Hoult, Aidan Gillen, Jake Weber Medina Senghore dan Jon Bernthal
Lakonlayar: Michael Koryta, Charles Leavitt, Taylor Sheridan, berdasarkan novel dengan tajuk yang sama tulisan Michael Koryta

Leave a comment