- David Beckham dan Ed Sheeran mengumumkan konsert ini bersama dalam video TikTok yang unik.
- Persembahan secara langsung pertama untuk single baharu yang akan dilancarkan.
- Disiarkan secara langsung hanya di TikTok dari stadium Portman Road, Ipswich Town.
KUALA LUMPUR, MALAYSIA, 4 Jun 2021 – Ed Sheeran hari ini mengumumkan, dengan bantuan ikon sukan David Beckham, bahawa beliau akan membuat persembahan di TikTok UEFA EURO 2020 Show. Konsert khas ini akan diadakan di stadium Portman Road, Ipswich Town pada hari Jumaat, 25 Jun (Sabtu, 26 Jun MYT) dan hanya boleh ditonton melalui saluran TikTok Ed di @edsheeran.
TikTok UEFA EURO 2020 Show akan menyaksikan persembahan pertama untuk single baharu Ed, serta beberapa lagu klasik untuk peminat globalnya. Saksikan video pengumuman yang menampilkan David Beckham dan Ed Sheeran di sini: Video Pengumuman.
Konsert khas ini akan disiarkan secara langsung dari Portman Road, Ipswich Town pada jam 9 malam BST pada 25 Jun (4 pagi MYT pada 26 Jun) dan boleh ditonton secara percuma di saluran TikTok Ed (@edsheeran). Pertunjukan ini akan tersedia untuk tontonan semula pada 26 Jun (5 petang MYT), 27 Jun (8 pagi MYT), dan 10 Julai (3 pagi MYT) bagi penonton global yang terlepas persembahan pertama.

Ed Sheeran menyatakan: “Saya tidak sabar untuk membuat persembahan di TikTok’s UEFA EURO 2020 Show secara langsung dari Portman Road. Ia adalah tempat yang saya cintai dan saya menantikan untuk mempersembahkan beberapa lagu kegemaran peminat serta trek baharu saya untuk kali pertama! Jumpa anda pada 25 Jun.”
Paul Hourican, Ketua Operasi Muzik UK di TikTok, menambah: “Kami berbesar hati menjadi tuan rumah kepada Ed Sheeran untuk konsert khas ini sempena Kejohanan Eropah UEFA. Beliau adalah salah seorang bintang pop terhebat generasinya, seorang penghibur langsung yang benar-benar inovatif, dan saya tahu momen ini akan menjadi sangat istimewa untuk komuniti TikTok global.”
TikTok UEFA EURO 2020 Show adalah satu perayaan muzik dan bola sepak yang menandakan kerjasama TikTok dengan UEFA sebagai platform utama untuk peminat bola sepak sepanjang kejohanan. Menjelang kejohanan ini, TikTok akan melancarkan pelbagai cabaran hashtag, senarai main, kesan AR dan LIVE khas di akaun rasmi @euro2020 untuk mempersiapkan orang ramai bagi musim bola sepak yang dinanti-nantikan.
TikTok boleh dimuat turun secara percuma di iOS dan Android melalui Apple Store, Google Play Store, dan Huawei AppGallery.
