DRAMA ‘LOCKDOWN’ PAPAR 8 KISAH RAGAM MASYARAKAT HARUNGI PKP

23 pelakon handalan jayakan naskhah inspirasi kisah realiti kehidupan semasa pandemik di Astro Ria mulai 26 Julai ini

Drama bersiri ‘Lockdown’ ialah sebuah naskhah dengan penceritaan asal terbitan syarikat produksi U2 Media Sdn. Bhd. yang berkisarkan tentang pelbagai ragam dan kisah suka duka rakyat Malaysia untuk meneruskan kehidupan harian dalam norma baharu sepanjang perlaksanaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sebanyak 8 buah cerita berbeza bakal dipersembahkan menerusi paparan 10 buah episod yang diinspirasikan daripada latar sebenar kisah realiti berkenaan situasi sukar yang perlu diharungi oleh segenap masyarakat sejak diuji dengan penularan pandemik Covid-19.

Cerita asal dan skrip drama ‘Lockdown’ diilhamkan oleh pengarah prolifik Erma Fatima serta turut mendapat sentuhan Mohd Fazli Yahya yang memikul tanggungjawab selaku pengarah untuk drama ini. 

Penceritaan setiap kisah dalam drama ‘Lockdown’ bakal menampilkan lakonan mantap penuh emosi oleh 23 barisan pelakon handalan. Antara nama-nama besar yang menjayakan naskhah ini termasuklah Zara Zya, Beto Kusyairy, Nabila huda, Fahrin Ahmad, Sara Ali, Izzue Islam, Kaka Azraff, Syafiq Kyle, Mimi Lana, Amerul Affendi, Hasnul Rahmat, Jalil Hamid, Azizah Mahzan, Liza Abdullah,  Balkisyh Semundur Khan serta ramai lagi.

Drama ‘Lockdown’ akan disiarkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 11.00 malam mulai 26 Julai 2021 secara eksklusif di saluran Astro Ria (104) serta turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO dan platform On Demand untuk pilihan yang lebih fleksibel.

TRIVIA MENARIK DRAMA ‘LOCKDOWN’

  1. Proses penggambaran drama ‘Lockdown’ telah dilakukan selepas fasa PKP 1.0 ditamatkan dan hanya mengambil masa selama 24 hari secara keseluruhan di sekitar Kuala Lumpur. Sebahagian besar penggambaran juga telah dilakukan di kawasan ‘indoor’ secara tertutup. Penggambaran juga turut dilakukan dalam skala kecil serta tidak melibatkan jumlah bilangan yang ramai dalam satu-satu masa sewaktu di set lokasi. 
  2. Walaupun drama ini melibatkan barisan pelakon yang agak ramai iaitu 23 orang, namun kesemua mereka cukup profesional serta memberikan komitmen yang cukup tinggi terutamanya dari segi disiplin di samping menepati waktu ‘call time’ yang diberi sekaligus memudahkan urusan penggambaran sewaktu di set.
  3. Pelakon Beto Kusyairy yang menyandang watak sebagai Malik dalam salah sebuah kisah menyeru orang ramai untuk menonton drama ‘Lockdown’ kerana penceritaan yang ditonjolkan merupakan satu cerminan buat masyarakat sekaligus dapat memberi refleksi kepada diri masing-masing di kala pandemik.
  4. Salah seorang bintang utama, Nabila Huda yang melakonkan watak Aliya juga turut berpendapat bahawa setiap cerita yang ditampilkan menerusi drama ‘Lockdown’ ini amat dekat di hati kerana ia benar-benar berlaku di kalangan masyarakat. Tambahan pula, bukan senang untuk mengumpulkan kesemua 23 pelakon hebat demi menjayakan sebuah naskhah dalam masa yang singkat.
  5. Manakala Izzue Islam yang memegang watak sebagai Rafi juga turut menyatakan bahawa drama ini perlu ditonton kerana ia mengandungi pelbagai nasihat dan mesej yang baik untuk dijadikan iktibar bersama.

PECAHAN WATAK DRAMA ‘LOCKDOWN’

ZARA ZYA sebagai Ina       

AZIZAH MAHZAN sebagai Mak

BETO KUSYAIRY sebagai Malik

NABILA HUDA sebagai Aliya

NASZ SALLY sebagai Salmah

MEOR MOHD sebagai Hamid

FAHRIN AHMAD sebagai Zain

MARISSA YASMIN sebagai Mona

AISHAH AZMAN sebagai Wani

SARA ALI sebagai Alin

FADHIL DANI sebagai Ayah Alin

IZZUE ISLAM sebagai Rafi

LIZA ABDULLAH sebagai Atikah

RAZAK AHMAD sebagai Sabri

KAKA AZRAFF sebagai Ria

ANNE ABDULLAH sebagai Mak Adam

USTAZ SYAMSUL DEBAT sebagai Ustaz

SYAFIQ KYLE sebagai Hairi 

MIMI LANA sebagai Milia

AMERUL AFFENDI sebagai Wan

BALKISYH SEMUNDUR KHAN sebagai Sue

HASNUL RAHMAT sebagai Johan

JALIL HAMID sebagai Bakri

SINOPSIS DRAMA ‘LOCKDOWN’

‘Lockdown’ mengisahkan kehidupan masyarakat tempatan semasa PKP diumumkan. Pelbagai kisah menarik dan menghayat hati yang berlaku kepada sesetengah keluarga dan bersama-sama mengharungi suka duka semasa PKP. Di antaranya adalah tentang seorang anak yang terpaksa menjaga ibunya yang menghidap penyakit Alzheimer, pasangan yang berusaha untuk meneruskan perniagaan sepanjang PKP, kisah kelakar pasangan yang baru berkahwin dan terpaksa bekerja dari rumah, dan pasangan yang melalui cabaran hidup terutama sekali apabila suaminya mengalami kemalangan.

Leave a comment