Ulasan filem DUNE (edaran Warner Bros. Pictures)

Kenapa aku tengok Dune (arahan Denis Villenueve) di wayang lima kali (mungkin lebih)?

Antaranya salah satunya; kerja-kerja kamera dan pevisualan Villenueve dalam Dune (2021) tak ada satu pun yang ‘tak indah’ dan pergerakan shotnya yang perlahan, memberi masa penonton untuk mengamati menghayati keindahan fusion CGI dan kamera yang sama ada perannya. (Villeneuve enggan untuk merakam di layar hijau kalau boleh! Mengikut Timothee Chalamet dalam satu wawancara, dua babak saja yang dalam green screen, lain semuanya di set yang dibina dari tanah dan udara.)

Dan yang paling kuat dan gah peranannya, skor (muzik latar) gubahan Hans Zimmer. Percayalah, lepas tengok filem ini (di panggung wayang), lagu-lagu latar filem ini akan melekat kat kepala, memanggil-manggil untuk datang lagi ke wayang beli tiket Dune.

Kedua, unsur ini yang buat pengalaman duduk tonton di skrin besar sinema berbeza, kata Villeneuve, pengalaman penonton di wayang akan mengalami pengalaman secara fizikal, bukan saja visual (the voice dan latar lagunya memang buat gegar panggung).

Yang belum tengok, pergilah ke pawagam terdekat sekarang! Setelah sebulan, Dune akan hilang dari wayang minggu ini, entah bila saja DVDnya akan keluar, memang nayalah yang terlepas.

Rating: 10/10

Berdasarkan sebuah novel Frank Herbert`s tahun 1965 yang membawa judul sama, ditetapkan jauh ke masa depan. Bangsawan Leto Atreides telah menerima hak kawasan bagi planet padang pasir merbahaya iaitu Arrakis yang juga dikenali sebagai Dune. Ia adalah satu-satunya sumber “the spice”, bahan paling berharga di alam semesta kerana ia meninggikan tahap pemikiran dan memanjangkan jangka hayat manusia. Walaupun tahu bahawa ini merupakan satu perangkap oleh musuhnya, Harkonnens, Leto tetap membawa anak merangkap waris terakhirnya Paul, kekasih Bene Gesseritnya Lady Jessica dan para penasihat paling dipercayainya ke planet itu. Dia mengambil alih kuasa atas operasi perlombongan ubat itu walaupun terdedah kepada bahaya cacing tanah gergasi di kawasan itu. Apabila keluarga Atreides dikhianati, Paul mengetuai pemberontakan bagi mengembalikan kuasa keluarganya di planet tersebut.

Pengedar: Warner Bros. Pictures
Pelakon: Timothée Chalamet, Rebecca Ferguson, Oscar Isaac, Josh Brolin, Stellan Skarsgard, Dave Bautista, Zendaya
Pengarah: Denis Villeneuve

Leave a comment