Jabra Evolve2 75 Perbaharui Trend Gaya Kerja Hibrid

  • Jabra Evolve2 75 direka khusus untuk gaya kerja hibrid yang produktif 
  • Merupakan produk pertama dalam rangkaian Evolve dari Jabra yang menawarkan Pembatalan Hingar Aktif (ANC) Termaju Jabra  yang boleh dilaraskan sepenuhnya
  • Teknologi 8 mikrofon yang unggul menghasilkan panggilan yang benar-benar jelas
  • Teknologi dual-foam unik dengan reka bentuk cawan telinga ergonomik dengan kusyen telinga kulit tiruan ultra lembut bagi pengudaraan yang lebih baik dan tekanan telinga yang lebih rendah untuk meningkatkan keselesaan
  • Cipset tiga serangkai termaju untuk prestasi yang lebih pantas, pintar dan berkuasa

Kuala Lumpur, 12 November 2021Jabra hari ini mengumumkan pelancaran rangkaian set fon kepala Evolve yang terkini, iaitu Evolve2 75. Lebih 68% daripada pekerja menganggap bahawa situasi bekerja yang ideal bagi mereka adalah yang melibatkan model hibrid bekerja dari rumah dan di pejabat. Evolve2 75 direka khusus untuk menjadikan gaya kerja fleksibel lebih mudah dan produktif untuk semua, di mana sahaja.

Kajian kerja hibrid Jabra yang terkini menunjukkan 85% daripada pekerja pengetahuan menyatakan bahawa keyakinan terhadap audio, video dan keterhubungan membolehkan mereka mencapai kecemerlangan dalam pekerjaan mereka. Oleh itu, matlamat Evolve2 75 baharu adalah untuk menjadi hero kefleksibelan, berteraskan keselesaan, penumpuan, kolaborasi dan wawasan pada terasnya. Faktor-faktor inilah yang memberikan cabaran terbesar kepada organisasi yang mempunyai pekerja yang melaksanakan kerja di lokasi berubah-ubah. Evolve2 75 memaksimumkan kefleksibelan dan meningkatkan tumpuan bagi pekerja-pekerja tersebut menerusi panggilan yang benar-benar jelas dan muzik yang paling sesuai dalam apa jua keadaan persekitaran.

Jabra telah mereka bentuk padanan ergonomik yang unggul bagi cawan telinga menerusi pembaharuan reka bentuk kusyen kulit tiruan berkembar untuk meningkatkan pengudaraan dan mengurangkan tekanan telinga. Ini mengoptimumkan kelengkungan dan lapik cekak  untuk memastikan set fon kepala kekal di tempatnya. Ini bukan sahaja mengelakkan rasa tidak selesa, tetapi juga meningkatkan prestasi pembatalan hingar aktif keseluruhan dengan begitu dramatik untuk memaksimumkan keselesaan.

Pertama dari Jabra Evolve

Evolve2 75 merupakan set fon kepala Evolve pertama dari Jabra yang menyertakan Pembatalan Hingar Aktif (ANC) termaju oleh Jabra yang boleh dilaraskan sepenuhnya, supaya anda boleh memilih sebanyak mana (atau sesedikit mana) bunyi persekitaran yang ingin didengari. Butang ‘HearThrough’ membolehkan anda mendengar bunyi di sekeliling anda bila perlu. Dengan penetapan yang boleh diubah menurut kesesuaian anda seperti MySound (bagi app mudah alih Sound+), mengoptimumkan muzik untuk profil pendengaran yang tersendiri, dan pelarasan Equaliser, yang terdapat dalam app Sound+ serta Jabra Direct pada peranti mudah alih dan komputer), Evolve2 75 cukup sesuai bagi keperluan yang berbeza-beza.

Bunyi dan kefleksibelan yang lebih baik

Lengan joran mikrofon yang dilengkapi keupayaan menyenyapkan dan menjawab secara automatik pada set fon kepala baharu ini adalah 33% lebih pendek daripada reka bentuk Evolve 75 yang terdahulu, yang membawakan kefleksibelan dan audio yang lebih baik. Lengan joran tersebut juga direka untuk memenuhi ketetapan Microsoft yang ketat bagi Open Office, apabila ia diturunkan ke bawah dalam mod Performance. Ia menyekat bunyi hingar dari kawasan sekeliling dalam pejabat pelan terbuka dan kawasan dalam bangunan yang bising dan sibuk. Set fon kepala tersebut mempunyai mod Discreet, yang boleh ditukar dengan mudah, iaitu dengan melipat lengan joran, supaya pengguna dapat menikmati panggilan yang berkualiti di mana sahaja. 

Teknologi 8 mikrofon set fon kepala ini berganding dengan algoritma yang dijana oleh cipset tiga serangkai revolusioner Jabra untuk membezakan suara anda dengan bunyi hingar di sekeliling anda dengan lebih jitu, supaya dapat menghasilkan panggilan yang paling jelas. Evolve2 75 juga turut menyertakan ‘Busylight’ dengan darjah penglihatan 360º yang dipertingkatkan bagi situasi yang memerlukan tumpuan sepenuhnya.

Keupayaan penangkapan data

Dioptimakan untuk semua platform Unified Communications utama, Evolve2 75 menghubungkan rakan sekerja pada mana-mana platform pilihan mereka. Set fon kepala ini juga menyediakan keupayaan penangkapan data supaya Jabatan Teknologi Maklumat (IT department) dapat membuat keputusan berpengetahuan dan mengesan sebarang isu sebelum ia mendatangkan masalah.

Perisian Jabra Xpress juga memudahkan penyeliaan dari segi pengerahan, pengemaskinian perisian tegar dan pengurusan penetapan secara kawalan jauh. Dengan jarak tanpa wayar yang mantap sejauh 30 meter dan keterhubungan dengan komputer dan peranti mudah alih, Evolve2 75 mempunyai kefleksibelan yang lebih, yang menjanjikan lebih kebebasan untuk berjalan dan bercakap tanpa menjejaskan kualiti panggilan. Evolve2 75 juga dilengkapi dengan hayat bateri yang lebih lama, teknologi charge-and-talk dan keupayaan pengecasan pantas baharu, oleh itu memudahkan pengguna membuat sebanyak mana pun panggilan dari mana-mana jua lokasi. 

Patrick Khor, Ketua Jualan, Singapura & Malaysia di Jabra berkata, “Matlamat kami bagi setiap tambahan yang dibuat pada Siri Evolve bukanlah semata-mata untuk menghasilkan set fon kepala yang baharu, tetapi untuk meletakkan standard yang baharu. Kerana itulah kami melihat kepada pelbagai aspek produk di peringkat pembangunannya supaya dapat membawakan pengalaman audio yang sebaik mungkin. Dengan kombinasi teknologi dual-foam kami yang termaju, cekak yang dipertingkatkan dan reka bentuk ‘comfort pattern’ revolusioner baharu, Jabra Evolve2 75 memberikan pengasingan bunyi dan keselesaan yang luar biasa bagi pengalaman audio yang lebih baik secara keseluruhannya, yang meletakkan rasa selesa pengguna selaras dengan keunggulan bunyi.”

Ciri-ciri Utama dan Spesifikasi:

  • Pembatalan hingar 26% lebih banyak berbanding model yang terdahulu, Evolve 75, menerusi Jabra Advanced ANC yang boleh dilaraskan, cipset khas dan Teknologi  Dual Foam Jabra yang baharu 
  • Mikrofon Open Office premium dengan lengan joran mikrofon yang boleh disembunyikan, yang juga 33 peratus lebih pendek daripada Evolve 75
  • Teknologi 8 mikrofon
  • Kualiti panggilan yang unggul
  • Audio berkualiti tinggi dengan lengan joran yang boleh disembunyikan dalam mod discreet, atau bila berada dalam posisi ke bawah sepenuhnya dalam mod performance. Dioptimakan bagi gaya kerja yang fleksibel 
  • Diperakui untuk semua platform UC utama
  • Jarak tanpa wayar sehingga 30m/100 kaki 
  • Keterhubungan dwi peranti
  • Butang khas Microsoft Teams (pada varian MS Teams)
  • Busylight 360° bersepadu
  • MusicTime sehingga 36 jam, TalkTime 24 jam (tanpa ANC dan Busylight) —TalkTime 33% lebih lama daripada Evolve75  
  • Muzik bertenaga dengan pembesar suara 40mm & codec AAC 
  • Pengurusan peranti dengan Jabra Direct dan Xpress
  • Personalisasi dengan Jabra Sound+ dan Jabra Direct
  • Google fast pair* (*Android sahaja)


Evolve2 75 akan berada di pasaran mulai 12 November menerusi pengedar Jabra yang berdaftar dalam varian MS Teams dan Unified Communication (UC) dalam warna hitam atau kuning air pada harga RM1,950. Ia juga boleh didapati dengan tempat letak pengecas pada harga RM2,230 (hitam sahaja). Anda juga boleh melayari pautan ini untuk mendapatkan harga yang terperinci


Untuk maklumat lanjut mengenai Evolve2 75 baharu, sila layari: www.jabra.com/evolve

Leave a comment