Lipton menjalinkan lebih 4.3 juta saat hubungan erat di antara rakyat Malaysia

30,000 rakyat Malaysia telah menyertai kempen “Sekuat rasa teh, seerat ikatan kasih” yang diadakan bersempena Hari Teh Tarik 

16 November 2021, Kuala Lumpur – Pelaksanaan penjarakan sosial sebagai salah satu norma baharu telah menyebabkan  kita kurang berinteraksi atau berkomunikasi dengan orang lain. Kurangnya komunikasi secara bersemuka telah menyebabkan komuniti di Malaysia semakin terasing, hingga mengakibatkan ramai yang kehilangan kemahiran untuk bergaul secara mendalam dengan orang lain. Menyedari hakikat ini, Lipton telah melancarkan kempen “Sekuat rasa teh, seerat ikatan kasih”, yang menyasarkan untuk mengeratkan dan menjalinkan ikatan mesra di kalangan rakyat Malaysia. 

Jenama teh terkemuka dunia itu sentiasa menekankan tentang kepentingan komunikasi dan hubungan di antara individu, dan Lipton telah melancarkan kempen dengan iklan TV yang sangat bermakna, menggambarkan bagaimana ada kalanya kita kurang senang dengan cara kita berkomunikasi dengan orang yang disayangi. Iklan TV berkenaan memaparkan kepentingan hubungan berkualiti yang boleh dicetuskan dengan hanya secawan teh, dengan harapan untuk memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia agar meluangkan masa bersama yang tersayang bagi mengeratkan kembali ikatan mesra. 

Dengan jumlah kes yang berada pada tahap tertinggi di antara Ogos dan September, langkah penutupan sempadan dan tempat makan telah menjadikan hubungan di antara individu dan orang yang mereka sayang semakin renggang. Walaupun dengan ketiadaan sesi lepak di kedai mamak, Lipton masih berupaya menghubungkan rakyat Malaysia dengan secawan teh menerusi  www.liptontehtarikday.com. Dilancarkan pada 15 September sempena dengan Hari Teh Tarik, laman sesawang mikro itu membolehkan rakyat Malaysia memuat naik mesej serta gambar yang amat bermakna untuk kedua-dua penghantar dan penerima, dan Lipton telah menggubah ayat-ayat kasih ini menjadi sebuah video peribadi yang menyentuh perasaan untuk setiap peserta! Dengan 30,000 rakyat Malaysia menjalinkan ikatan erat menerusi platform unik ini, Lipton telah menjana 4,350,000 saat hubungan mesra di sepanjang tempoh kempen ini, sekali gus memecahkan sasaran asal sebanyak 335%!

“Pasukan kami telah merancang kempen ini dengan sasaran untuk menambah baik kualiti hubungan kita dengan orang yang tersayang semasa pandemik ini. Ianya sesuatu yang sangat menggembirakan apabila melihat ramai rakyat Malaysia yang merindui hubungan sejati menggunakan platform kami untuk meluahkan isi hati mereka, dengan pelbagai mesej yang menyentuh perasaan dihantar kepada mereka yang telah terpisah selama lebih setahun. Kami mendapat maklum balas yang memberangsangkan untuk kempen ini, melangkaui jangkaan kami iaitu lebih 335% hubungan berkualiti berbanding sasaran awal kami! Ini membuktikan bahawa apabila sebuah jenama itu melakukan sesuatu perkara dengan mengutamakan keperluan dan situasi para pengguna, kita dapat memberikan impak sebenar ke dalam kehidupan seharian mereka,” kata Ketua Pemasaran Teh Asia Tenggara, ekaterra (salah satu bahagian di bawah Unilever), Callista Fernandez.

Sebagai jenama teh terkemuka dunia, sambutan Hari Teh Tarik tidak akan lengkap tanpa bintang utamanya: Secawan teh yang halus dengan lapisan buih di atasnya seperti yang sering dihidangkan di kedai-kedai mamak! Bagi menambah sesuatu yang istimewa terhadap minuman kegemaran rakyat Malaysia ini, Lipton telah bekerjasama dengan jenama seni tempatan Stickerrific untuk mereka bentuk Set Hadiah Edisi Terhad Hari Teh Tarik Lipton. Kerjasama ini berjaya menghasilkan sebuah corak batik istimewa yang bermotifkan daun teh dan uncang teh Lipton. 1,000 set hadiah telah dihantar kepada pasangan yang berhubung menerusi www.liptontehtarikday.com, di mana para peserta yang bertuah telah dipilih secara rawak bagi menerima set hadiah ini untuk diri mereka sendiri dan penerima mesej yang mereka tujukan. Pemberian set hadiah ini memastikan bahawa hubungan di antara mereka tidak hanya terbatas dengan mesej video yang dihantar, menggalakkan mereka untuk menikmati Teh Tarik bersama-sama menggunakan Kole Tea-Moji Lipton! Ianya selaras dengan peringatan yang ingin disampaikan oleh Lipton kepada semua rakyat Malaysia bahawa kita memerlukan hanya 15 minit untuk mencipta hubungan yang lebih mendalam dan berkualiti.

Video berkaitan kempen ini boleh didapati di sini:

Ia memaparkan perjalanan Lipton di sepanjang kempen ini, dengan himpunan mesej-mesej menyentuh perasaan daripada para peserta di seluruh Malaysia.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen ini, sila ikuti media sosial rasmi Lipton di Facebook dan Instagram. Uncang Teko Ekstra Kaw Lipton, dan Teh Tarik 3-dalam-1 Lipton boleh didapati di kebanyakan pasar raya utama, serta di atas talian di dalam Shopee dan Lazada.

Uncang Teko Ekstra Kaw Lipton 

92g (40 uncang teko)

RM5.30

Teh Tarik 3-dalam-1 Lipton

252g (12 pek)

RM14.95

Leave a comment