SUNWAY PYRAMID PELAWA PENGGUNA UNTUK MENGAMATI PENGALAMAN AR INOVATIF DAN KEMPEN CSR ISTIMEWA

  • Pembeli-belah dipelawa untuk mengamati pengalaman AR di 5 stesen untuk menebus hadiah eksklusif
  • Sunway menyalurkan bajet perayaannya kepada golongan yang memerlukan  


Kuala Lumpur, 26 November 2021 – Sunway Pyramid mengalu-alukan pembeli-belah untuk meraikan semangat ‘Together for Good’ sempena Krismas ini, sebelum tahun 2021 melabuhkan tirainya dengan membawakan sentuhan keajaiban digital.  

Dari 19 November hingga 26 Disember 2021, aras LG2 Blue Concourse di Sunway Pyramid serta beberapa kawasan pusat beli-belah yang terpilih akan membawa pembeli-belah menyusuri sebuah pengalaman musim perayaan yang menyeronokkan melalui amalgamasi antara dunia maya dan fizikal.

Lima stesen Realiti Terimbuh (AR) khas akan didirikan di sekitar Sunway Pyramid untuk pembeli-belah mengamati pengalaman unik ini dan diberi ganjaran atas penyertaan mereka. Mereka perlu menemukan setiap stesen dan mengimbas kod QR yang disediakan untuk melancarkan sebuah permainan video mini. Bukan itu sahaja, setiap pusat beli-belah Sunway akan menampilkan watak permainan AR yang berbeza, dan beruang teddy ialah watak Sunway Pyramid. 

Sunway Pyramid membawa keajaiban digital Krismas ini dengan pengalaman AR yang inovatif, dalam talian dan luar talian.

Setelah pembeli-belah melengkapkan kelima-lima permainan di stesen-stesen tersebut, mereka boleh menebus hadiah istimewa di Rewards Booth yang terletak di aras LG2 Blue Concourse, dan sekali gus tersenarai dalam peraduan cabutan bertuah. Hadiah-hadiah daripada para pekedai meliputi Michael Kors, Kiehls, Kate Spade, JD Sports, TOUS, Watatime, Sulwhasoo, L’Occitane, Origins, Clinique, dan banyak lagi.  

Pengurus Besar Sunway Pyramid, Jason Chin berkongsi, “Tema kita pada tahun ini mengisarkan kesatuan hati dalam menunjukkan keihsanan kepada warga komuniti. Kita mungkin telah dipisahkan dengan batasan fizikal pada tahun ini, tetapi perpisahan ini juga telah memberi kita ilham untuk saling mendekatkan hati kita, khususnya sempena perayaan Krismas ini. Tiba masanya untuk kita pulihkan semula semangat keihsanan dalam komuniti ini sementara Malaysia berusaha untuk bangkit semula.”

Sebagai tanda penghargaan bagi perbelanjaan yang dibuat di pusat beli-belah ini, pembeli-belah yang membelanjakan RM350 (RM250 bagi pemegang kad HSBC) dalam dua resit boleh menebus set sanitasi tangan Bath & Body Works. Mereka yang membelanjakan RM1,500 (RM1,400 bagi pemegang kad HSBC) dalam dua resit boleh menebus loket Sparkle of Whimsy diperbuat daripada perak 925 dan batu permata semula jadi untuk menambah seri perayaan mereka! 

Untuk memudahkan pengguna, penebusan tersebut boleh dibuat melalui aplikasi Sunway Pyramid – mereka hanya perlu menunjukkan resit di kaunter penebusan untuk diproses, kemudian baucar penebusan akan dikreditkan ke dalam akaun aplikasi mereka untuk digunakan di outlet-outlet yang berkenaan – menawarkan pengalaman yang serba lancar secara digital. 

Lengkapkan semua lima permainan di stesen AR di seluruh pusat membeli-belah untuk menebus hadiah misteri.

Pemberian Ikhlas

Sejajar dengan komitmen Sunway ke atas Matlamat Pembangunan Lestari PBB untuk tidak membelakangkan sesiapapun, Sunway sedang berusaha untuk memastikan semangat perayaan yang dikongsi bersama ini dapat dirasai oleh warga komuniti sekeliling kita juga. 

Jadi, bajet Sunway Malls (Rangkaian Pusat Beli-Belah Sunway) kali ini tidak digunakan untuk membuat perhiasan besar-besaran seperti yang biasa disaksikan oleh pembeli-belah saban tahun, sebaliknya, ia akan disalurkan ke arah inisiatif tanggungjawab sosial korporat (CSR). 

Tahun ini, pembeli-belah boleh menunjukkan keihsanan mereka dengan membeli beruang teddy dari booth CSR yang terletak di Blue Concourse, aras LG2 pada harga RM10. Selepas pembelian dibuat, mereka boleh menekan satu butang yang akan mencahayakan pokok Krismas di dataran berkenaan sebagai tanda penghargaan atas sumbangan mereka. 

Pembeli boleh membantu dengan membeli teddy bear, dan semua hasil akan disalurkan kepada NGO MyKasih yang bekerjasama.

Dana yang terkumpul daripada pembelian beruang teddy tersebut akan disalurkan kepada golongan yang memerlukan menerusi rakan kebajikan rasmi Sunway Pyramid, MyKasih, iaitu sebuah organisasi bukan bermotifkan untung yang berusaha untuk meringankan beban keluarga dan pelajar miskin di seluruh Malaysia.  

Sepanjang kempen tersebut, Sunway Pyramid juga akan menyiarkan sebuah siri video yang dapat disaksikan di pelbagai platform pusat beli-belah berkenaan. Video pertama ialah ucapan oleh HC Chan, Ketua Pegawai Eksekutif Sunway Malls & Theme Parks untuk memperkenalkan tema ‘Together for Good’ merentasi seluruh Sunway Malls dan untuk membuka tirai sambutan musim perayaan ini. Video kedua akan memfokuskan inisiatif Permainan AR pusat-pusat beli-belah Sunway yang bakal menyerikan pengalaman membeli-belah orang ramai, dan akhir sekali – video ketiga akan memperlihatkan usaha CSR Sunway menerusi kerjasama dengan pelbagai NGO. 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Krismas ‘Together for Good’ oleh Sunway Pyramid, sila layari sunwaymalls.com/together-for-good-christmas

Leave a comment