Naurah Care dan MAIWP Lancar Misi Bakul Makanan Kesihatan Produk Artis Nasyid

Baru-baru ini bertempat di Dewan Serbaguna Apartment Abdullah telah berlangsungnya majlis pelancaran dan penyerahan Misi Bakul Makanan Kesihatan Produk Artis Nasyid anjuran bersama Pertubuhan Misi Kemanusiaan Naurah Care Malaysia dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).

Bermula sejak tahun 2020, pihak Naurah Care Malaysia mengambil inisiatif menggerakkan satu misi iaitu ‘Misi Bakul Makanan Barangan Asas’ di mana pihak mereka telah menyalurkan hampir 1,000 bakul makanan ke sasaran tertentu di kawasan Lembah Klang, Penang, Langkawi dan Pahang. Kempen ini telah berlangsung pada waktu pandemik yang lalu.

Bermula Fasa Pemulihan pada Oktober 2021, Naurah Care Malaysia menggerakkan satu misi, iaitu ‘Misi Bakul Makanan Kesihatan Produk Artis Nasyid’. Pergerakan misi di atas adalah kesinambungan bagi misi bakul makanan barangan asas. Secara langsung, ianya menggembirakan golongan asnaf yang sangat terjejas di dalam tempoh pandemik Covid-19.

Misi di atas juga membantu artis-artis nasyid yang terjejas teruk disebabkan pandemik Covid-19 ini. Mereka langsung tidak dapat untuk menggerakkan sebarang aktiviti persembahan rakaman dan aktiviti yang lain. Oleh yang demikian, hasil kolaborasi antara Naurah Care Malaysia dan artis-artis nasyid yang mempunyai produk, maka bermulalah Misi Bakul Makanan Kesihatan Produk Artis Nasyid.

Orang ramai, peminat-peminat artis nasyid, syarikat-syarikat korporat, agensi-agensi kerajaan berpeluang berkongsi rezeki dengan cara menyumbang ke Tabung Misi Bakul Makanan Mesihatan Produk Artis Nasyid sebanyak RM70 satu bakul bagi merealisasikan hasrat mereka untuk menyerahkan sebanyak 3000 unit ke atas bakul makanan Produk Artis Nasyid kepada golongan asnaf di seluruh tanah air.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Naurah Care Malaysia di talian:

PERTUBUHAN MISI KEMANUSIAN NAURAH CARE MALAYSIA
LOT 85874-4, LORONG MELATI, KUANG 48050 KUANG SUNGAI BULOH
Tel: 016-567 5350
Emel: naurahcare@gmail.com
No. Akaun: BSN: 1410041100045851
CIMB: 8604394886
Laman sesawang: www.naurahcaremalaysia.com
Facebook: Naurah Care
Instagram: @naurahcaremalaysia

Leave a comment